Friday, March 9, 2012

Pencerapan Guru-guru Baru

OH TIDAK!! Sesi pencerapan bermula! hu3 Pencerapan untuk Cikgu Maryam adalah semasa mengajar 2 Hasanah dan 3 Fathonah! dahla mereka2 itu hyper  Bertambah terkejut bila tengah2 mengajar 2 Hasanah tu, Cikgu Asnazalia datang tengok! Tapi tak taula tu pencerapan yang sebenar atau tak.


Saya sedang berusaha mempelbagaikan pengajaran saya di dalam kelas. Thanks to my sisters Kak Husna dan Kak Huda sebab bagi macam-macam cadangan dan tips-tips untuk u'r little sister ni. he3 Saya dapat banyak + pelbagai idea yang best2 dari mereka. Tapi, memandangkan saya orang baru di sini, saya kurang pengalaman. Saya ingin memerhati dulu gerak kerja guru-guru SeRU ini. 


Kelas BArab-2Hasanah

Kelas Sirah-3Fathonah
Kak Nabilah aka Cikgu nabilah (ma roomate) pernah tunjukkan satu video PnP seorang English Teacher. Woah! Very experienced teacher! Budak-budak dalam kelas dia tekun mendengar. Memang sangat menarik cara pengajaran dia. DAN SANGAT KONTRA dengan cara saya mengajar di dalam kelas. Dengan budak-budak berjalan sana, berjalan sini, berdiri  tak mau duduk-duduk. Jadi, daripada situ, saya ada ceduk sikit-sikit daripada cara dia mengajar. Saya cuba buat ABM (alat bantu mengajar) sendiri. Saya buat 'flash card' dalam versi Arab pula! Seronok juga buat benda-benda macam tu. Colour2, gunting-gunting, potong-potong.


Handmade ABM
Saya pernah buat nyanyian Bahasa Arab tentang 'Anggota Badan Saya' --JISMI. Saya try untuk kelas 2 Rahmah tanpa ABM, sekadar tunjuk buku teks. Saya nampak mereka masih tak mampu membaca + pay attention pada apa yang saya cuba sampaikan. Oleh itu, ces saya cuba tulis semula dalam kertas mahjong dan saya cuba menggunakannya dalam kelas 2 Hasanah. ha3. YES!! Alhamdulillah! Respond yang diberikan sangat positive! Sebenarnya lagu tu mengikut rentak lagu 'Ummi'. Rupa-rupanya ramai yang pernah mendengar nasyid tersebut., hmmm.....lagi senanglah kerja saya.


anak murid 2 Hasanah
Tak sangka saya budak-budak tu suka betul dengan lagu tu. Diorang suka sangat sampai kat luar kelas pun duk menyanyi "Jismi~ 2x" (ikut rentak lagu ummi) Sampai esoknya saya masuk kelas mereka, mereka suruh saya nyanyi lagi lagu tersebut. Hu3 Saya pun terpaksa nyanyi lagi dengan diorang. Rupa-rupanya, kanak-kanak ini memerlukan audio/ picture or something that can catch their eyes. Barulah pengajaran kita akan menjadi lebih menarik dan interesting.


anak-anak murid
Sebenarnya nak mengajar kanak-kanak sekolah rendah ini memerlukan tenaga pengajarnya melakukan kajian yang sangat banyak dan terperinci bagaimana nak mengajar anak-anak didik mereka. Bukan sekadar masuk kelas dan bercakap dan terus bercakap SAHAJA! Memang! Saya dalam kelas darjah 1-6, saya cukup susah nak duduk atas kerusi guru. Kalau boleh tak ada kerusi pun tak apa kecuali kelas HAFAZAN saya untuk darjah 4. Terpaksalah duduk sebab nak mentasmi' hafazan budak.


Saya teringat kata-kata 'Guru ibarat sebatang lilin, sanggup membakar diri demi anak didik tercinta'. Memang susah rupanya menjadi seorang murobbi, pendidik. Bagaimana ya Rasulullah?? Setiap kali saya nak masuk kelas, saya selalu baca doa "Rabbi yassir wa la tu'assir". Saya sangat-sangat memerlukan kekuatan dan pertolongan daripada Allah untuk membantu saya dalam pengajaran saya. Saya berharap sangat apa yang saya ajarkan diberkati oleh Allah dan masuk dalam jiwa mereka. Moga bukan hanya sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ya Allah! Very need your help!


YA ALLAH! BERILAH AKU KEKUATAN!

wassalam 

Friday, February 17, 2012

Sambutan Maulidur Rasul @ SeRU


Untuk pertama kali saya menyambut Hari Maulidur Rasul di SeRU. Susah juga nak suruh bebudak beratur betul-betul, tak nak bagi diorang sembang dan sebagainya. Mungkin saya begitu waktu zaman muda2 dulu..DASYAT! Berbekalkan camera saya yang tidak seberapa, sempat juga saya bergambar dengan mereka-mereka dalam dewan tersebut.


bebudak darjah 1 yg suka kacau2

beratur2


1 Barakah

1 Mawadah

2 Hasanah

3 Fathonah

4 Mahabbah

2 Rahmah

4 Hikmah

5 Amanah

5 Amanah jugak~

kakak2 darjah 6

depa2 yg x muat
excited nak amek gambar

penyanyi2 SeRU
Ustaz Asif beri ceramah sikit
Cikgu Mansor kita

Guru besar kami - Sir Manaf

senyum2


duduk2 elok2

Begitulah karenah mudak2 lelaki dan permpuan. Perempuan better daripda lelaki. Sangatlah BUAS! Seronok mereka kalau orang ambil gambar2 nih! Saya SUKA!

Alhamdulillah! Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah! Tanpa baginda siapalah kita?! Tanpa baginda tiadalah islam pada hari ini. Marilah kita sama2 kita brselawat...

Bagusnya 1 di SeRU ini, budak2 tahap satu suka sangat BERZIKIR! Pantang jumpa microphone. Ada sahaja zikir-zikir yang saya tak pernah dengar. Bagus2! Semoga generasi masa hadapan tidak akan lupa siapa Rasulullah yang sebenar...InsyaAllah!

"Ya Allah! Kau berilah kekuatan kepada ku untuk mengajar budak2 seru ini ya Allah! Tanpa pertolongan Kau Ya Allah, aku tidak mampu ya Allah! Berilah hidayah kepada mereka"

WASSALAM
 

Thursday, February 16, 2012

SeRU = Sekolah Rendah Ummi


Panggilan mengejutdari Cikgu Manaf melalui ayah saya! Panggilan untuk saya menjadi cikgu di sekolahnya.Memandangkan sekolah tu kekurangan guru..


"KAlau boleh datang hari ni jugak!" begitulah kata-katanya kepada ayah saya SEMINGGU sebelum saya menjejakkan kaki di sini. Sepatutnya saya mengajar pada awal bulan dua tapi disebabkan ummi saya tidak sihat, saya rasa keberatan untuk meninggalkannya di rumah. Malas sebenarnya! Ha3 Seminngu selepas itu, Alhamdulillah, ummi sudah pun sihat, jadi lepas cuti raya cina + adik saya balik rumah + nak hantar balik MATRI, kami sekeluarga pergi ke ALOR SETAR + PERLIS!


Berat hati sebenarnya untuk menjejakkan kaki di sini. Tambahan, MALAS nak mengajar! Tambah-tambah bebudak kecil! Oh no!! Tapi demi membantu SEKOLAH ini saya datang menadah tangan memohon gaji! Ada beberapa sebab saya datang ke sini:-



  1. Cari duit
  2. Cari pengalaman menjadi seorang guru
  3. Tolong-tolong
Baiklah, saya di Alor Setar kembali menjadi sorang penuntut asrama. Hu3. Menetap di ssebuah rumah sewa bersama 8 orang kakak yang lain. Menjadi penetap TERMUDA. Ya! Saya paling MUDA! Yes!! Sewa rumah akan ditolah daripada gaji saya semdiri. Hu3..Untuk seminggu pertama, Nur 'Afifah Bt. Ahmad Khadri bekerja bersama saya. Tapi apakan daya dia mampu bertahan untuk seminggu shaja. Tinggallah saya terkontang-kanting di SeRU! 

Kerja saya sebagai cikgu di sekolah rendah sebenarnya amat menguji keimanan dan kesabaran sesiapa sahaja. Alhamdulillah, first day saya mula bekeja saya hanya perlu mengajar Hafazan. 

ok sebelum tu, kita start dari mula....

1st DAY STEPPING AT SeRU'S OFFICE

Saya datang awal sekali pada pagi yang berbahagia itu. Gementar, malu, semuanya ada. Datang bersama-sama dengan Kak Ruhaida (k/Ida + 1st roomate + kerani) Saya tunggu di office sambil baca-baca buku. Tunggu punya tunggu akhirnya k Asnazalia ( selaku cikgu penting) memberikanmeja + buku2 yang saya perlu guna. Saya akan menggantikan Ustaz Fakhri. Buku ringakasan juga saya dapat! For the first time in my life kena buat benda-benda macam tu. Sebelum ni tengok2 + duk cop2 untuk ummi saja. Tapi, sekarang..sya kena buatnya!

inilah buku ringakasan saya

Sejujurnya kerja cikgu memang 'ghenyah' (complicated) Sebelum masuk kelas kena siapkan ringkasan pengajaran. Setiap hari Khamis kena siapkan ringkasan untuk hari Ahad sekali. Kemudian kena hantar di pejabat Guru Besar! Hari Ahad-----> JADUAL YANG PALING PACK SEKALI! Terpakasalah saya tulis + fikir untuk hari Ahad yang berjela-jela nak kena tulis. Hu3...Alhamdulillah setakat ni saya mampu bertahan..



Thanks to Allah kerana masih memberi kekuatan untuk saya..dan 
Thanks to all cikgu at SeRu fo your guidence..Terima kasih sangat sebab memberi semangat dan kekuatan untuk terus duduk kat SeRU tu. Kalau ikutkan hati, nak lari balik rumah dah. Cerita budak2 kelas darjah 1 dan 2 lagila dassyat! TAk paya nak cerita.. Kalau cerita buar sedih ja. HAnya Allah yang tahu..


Ok! Thats all for this day!



Wassalam..