Monday, December 19, 2011

Penantian itu amat best!


Assalamualaikum

Alhamdulillah, setelah berpenat lelah + berhempas-pulas + bertungkus-lumus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selama 1 bulan, akhirnya semua itu telah menjadi kenangan. 

Pejam celik, pejam celik, kami sudah habis menjalani alam persekolahan. Habis belajar di sekolah. Terasa amat cepat masa berlalu. AMAT CEPAT. VERY FAST. Kami sudah besar sebenarnya. Apakah saya benar-benar sudah matured? 

13 hb Disember 2011

Paper last saya pada hari itu ialah Pendidikan Al-Quran dan Sunnah (PQS). Sebelum paper last ni, kami cuti lama sangat iaitu selama 5 hari! Masa yang lama menyebabkan kami berasa amat santai..*very lazy to study. Memandang tinggal 1 lagi subjek. PQS pulak tu. Tidak dapat dinafikan, ramai dalam kalangan kami amat malas nak belajar dalam tempoh 5 hari tu. Tetapi Alhamdulillah kepada Allah sebab bagi masa yang lama. Hmmm..memang betul apa yang Rasulullah SAW,
Daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang.” 
(Riwayat Bukhari)
Allah izin ayat ni masuk pulak dalam exam hari tu.Alhamdulillah..

Start pukul 2 petang hari tu. Jadi bertambah relaxla kami pagi tu. Tapi saya mandi lebih awal dan duduk di surau sahaja. Surau ada ketenangan sikit, berbanding di dorm. Baju sekolah, kasut, slip peperiksaan, kad pengenalan etc.. Malangnya, hari terakhir tu saya terlupa nak ambil nametag. Saya merasakan diri saya begitu selekeh sekali pada hari TERAKHIR tu.* sudah terbiasa pakai nametag, bila tak pakai rasa lain..

Paper PQS mengambil masa selama 2 jam setengah. Mula pukul 2, habis pukul 4.30 petang. Lepas-lepas habis tu, semua sudah tak sabar-sabar nak meraikannya. Alhamdulillah, selesai semua kutipan paper, kami bergambar. Sakan bergambar, solat pun lambat.

Tapi saya tak tau kenapa saya tidak merasa segembira orang lain. *biase jek.. Baru saya teringat saya tak makan tengah hari! Saya keletihan yang amat sangat. Terlalu gementar sampai tak lalu nak makan. Itulah sebabnya saya biasa-biasa saja petang tu..

Selesai solat Asar, ada sedikit taklimat bersama Cikgu Syahid tentang No. Pin UPU, bagaimana nak Datang MATRI ambil result, etc..

sedikit kata-kata buat bekalan


atas surau


sesi bergambar


ambil yang mana ada

Setakat ini saya cerita. Sebenarnya banyak lagi yang terselit dalam hati ini yang ingin diceritakan. Tapi...nantilah..

Wassalam.

Saturday, September 3, 2011

Eid Mubarak 2011 ^_^


Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Illahi kerana memberi saya peluang untuk menyambut Aidul Fitri buat tahun 2011. Kesedihan atas pemergian Ramadhan dirasai oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat RA cuba saya terapkan dalam diri saya. Semoga TAQWA yang diidamkan

oleh saya tercapai kali ini. InsyaAllah~

Ramadhan telah berlalu, kini Syawal menjelma.


Syawal kali ini, keluarga saya agak kesunyian, Kak Husna dan Kak Huda di Mesir, Kak Jannah telah bertemu dengan Penciptanya. Tidak dapat beraya di Johor. Bukan merungut, tetapi kemeriahan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu tak dapat saya rasai SEPENUHNYA.

Raya di Kedah apa kurangnya..Sebelum pergi beraya, sempat saya bergambar di rumah,

bersama yang ada di rumah..


keluarga tercinta

Beraya di rumah tok..

Bergambar...etc2...

saya buat ketupat tahun ini


sarapan di pagi raya

Darwish sudah besar ><

Ahmad Sani's Family

saya suka gambar ni
( Mak Ndak and Family + Kak Zarirah+ Zafrin)

Adik-beradik ayah

Itu sahaja yang dapat saya coretkan di sini. Suasana berhari raya mengajak saya untuk lebih 'berhari raya' berbanding nak 'study'. hu3 Semoga saya dapat yang terbaik TRIAL kali ini.

Semoga sesiapa yang melalui Ramadhan kali ini dengan penuh keimanan dan pengharapan, moga-moga diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu. InsyaAllah..Ameen~
KELUARGA HJ MOHD SAHABUDDIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wassalam

Trial..trial...


Assalamualaikum...

6hb September saya akan menduduki Trial SPM..

Diri ini menganalogikan TRIAL itu seperti ujian daripada Allah. Adakah saya sudah cukup persediaan menuju kepadaNya?? Adakah saya akan berjaya??

Ya Allah bantulah hambamu ini....

Kepada semua ahli keluarga yang dicintai, saya amat mengharapkan doa dari kalian agar saya dipermudah oleh Allah SWT segala urusan di hari TRIAL itu nanti.. Ameen~

Kepada semua pembaca blog saya ini, doakan kejayaan saya..

Wassalam

Saturday, August 27, 2011

Ramadhan kali ini...


Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah bertungkus-lumus berdoa untuk sampai bulan Ramadhan, akhirnya dapat juga saya melaluinya dengan selamat. Tup-tup dah nak habis da
bulan Ramadhan! Ya Allah, masa ini berlalu dengan pantas sekali. Tidak sempat aku memotongnya, dia telah memotong diriku! Rasulullah SAW dan para sahabat

begitu sedih sekali dengan pemergian Bulan Barakah ini. Tetapi malangnya
masyarakat kita di Malaysia tidak dapat menghayati erti sebenar bulan
Ramadhan yang penuh dengan keampunan Allah ini. (lagu-lagu raya sakan
didendangkan di kedai-kedai, tv, etc2..)

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana diberi peluang untuk mendapat 10 malam terakhir. 10 malam yang terdapatnya Lailatul Qadr. Saya amat berharap saya mendapatnya pada tahun ini. Saya sangat berharap!! Ya Allah! Gimme Lailatul Qadr...


17 Ramadhan 1432 + 17 Ogos 2011 = 17 tahun


Alhamdulillah!! Saya amat bersyukur kerana birthday saya jatuh pada bulan Ramadhan!! Kebetulan 17 Ramadhan adalah Hari Nuzul Al-Quran.. jadi saya merasakan bahawa Ramadhan kali ini banyak memberikan 'hadiah' buat saya.
(bangga-bangga)

Thanks to all my friends who are celebrating my birthday... they'd gave a lot of
presents for me.. Saya terlalu jahat untuk menerima hadiah-hadiah itu..*terharu..
Kejut saya tengah-tengah malam bagi hadiah, memang kerja diorang! ha3
(almost bithday semua orang diorang buat macam tu) Sejujurnya, saya
sebenarnya materialistik jugak. Saya tidak mengharap semua itu, yang penting kita punya 'attitude' menjadi lebih matang. Dan menjadi solehah sebagai matlamat bila dah sampai remaja macam ni. Eceh..

Terima kasih kepada Halaqah Quran 2011 yang 'terchenta'. Ingat juga korang
dekat ana.. Cantik 'names-chain' tu.. (ha3 tak tau nak bubuh nama apa)
Terima kasih juga buat yang lain, bukan tak menghargai, tapi InsyaAllah saya
selalu mendoakan kamu semua agar hidayah Allah tumbuh di dalam hati kita
semua + berjaya dalam SPM. Ameen~

saya letakkan di beg jalan-jalan

21 Ramadhan 1432 + 21 Ogos 2011 = 20 tahun


Tak sempat k/Jannah nak kahwin..hu3

Kalau Arwah Kak Jannah masih hidup, umurnya sudah 20 TAHUN! Sanah Helwah ya Ukhti! Saya teringat lagi waktu dulu-dulu, birthday saya selalu di'delay'kan untuk tunggu birthday Kak Jannah. Saya suka! Bila kawan-kawan Arwah Kak Jannah datang Matri, saya mesti teringatkan Kak Jannah... Semoga dia tenang di
sana...

Pelbagai pembaharuan yang berlaku dalam bulan Ramadhan 2011 di Matri. Bukan apa sangat pun, tapi saya merasai perubahan itu. ha3. Ok,

1st : Iftar kali ini menunjukkan 'wajah baru'. Dengan tema 'Menundukkan pandangan @ Bulan Ramadhan' *tema yg direka oleh saya. Iftar tahun ini ASING. Puteri di padang hoki dan putera di dataran Matri. Alhamdulillah lebih bai
k daripada yang dulu...

Berbuka di padang hoki

2nd: Sahur di Matri sangat sedap! Selalu ada papa-dom! Ayam! Daging! Kadang-kadang ikan.........BEST-BESTlah!

3rd: Kak Lang + Ustazah Khairul Badriah aka para warden + family berbuka bersama pelajar. Sebenarnya bukanlah 'bersama-sama'. Tapi ADA la
bersama...he3

4th: Matri cuti awal sangat! 24 Ogos dah boleh BALIK! Tak perlulah saya
bersesakan di stesyen bas, mencari di mana seat kosong!

5th: Sebelum terlupa, Matri didatangi Imam dari Palestin iaitu Syeikh Ahmad.. Awal Ramadhan, beliau menjadi imam di Musolla Matri!

6th: Suasana Matri agak bising kebelakangan ini..Matri akan ada BANGUNAN BARU! * Matri is under constuction.


Ramadhan kali ini MUNGKIN Ramadhan terakhir di Matri. Kenapa MUNGKIN? Kot-kotla lepas ni datang Matri lagi kan? ha3 Jadi saya mengaharapkan suasana
puasa di Matri tidak dapat dilupakan oleh semua CALON SPM 2011 ni!

"Bukan senang nak dapat suasana puasa bulan Ramadhan macam kat Matri nih!" Bak kata Kak Amirah Lutfi.. saya amat bersyukurlah berada di Matri ni!

Berdiskusi tentang 10 Muwasafat Tarbiyah bersama Cikgu Azmi. Saya sudah
men'download' 10 Muwasafat Tarbiyah dalam bentuk audio oleh Cikgu Azmi.
Migraine yang dihadapi oleh saya agak teruk, jadi saya ke klinik dan terlepas
beberapa minit dalam diskusi tu. hu3 Migraine teruk lepas makan MEE
SEDAAP bersama 'Amirah K. Hu3 Mira, saya allergic MSG. Jangan ajak makan lagi ya!

HQ bersama Sir Nassir yang tak sempat nak menghabiskan pun best!
Alhamdulillah..

Bulan Ramadhan kali ini juga, rumah saya didatangi TETAMU KHAS! Namanya SHEIKH HASSAN MAHMUD AL-BACOOR. Keturunan Palestin yang menetap di Syria. Ibu bapanya pelarian Palestin. Haluan telah berjaya membawanya ke Baling! Datang berbuka puasa di rumah! Saya sempat menjadi makmumnya dalam solat
terawih di Masjid Baling. Subhanallah! Suaranya sungguh sedap! Beliau memberi sedikit tazkirah.
Pak Cik Basri (HALUAN) memberi sedikit penerangan tentang Syeikh Hassan


Translator: Pengetua Maktab Mahmud

Hadirin yg ramai (khusyuk)


Starting aka Muqaddimah

Syeikh Hassan menceritakan keadaan Palestin

Beramah mesra dengan 'Maher Zain'

Berbuka bersama di rumah saya

Syeikh Hassan makan roti saja..

Hikmat bersama Syeikh Hassan Mahmud Al-Bacoor

Hikmat, sepupu saya, datang ke rumah. Jauh-jauh datang nak belajar Fizik bersama Cikgu Kamaliah selama seminggu saya kira...eceh. Hikmat ditarik menjadi translator waktu Syeikh Hassan bagi ceramah di Masjid Charok Bemban. Kata seorang Ustaz (seorang pakar Bahasa Arab) yang mendengar terjemahan dari Hikmat, beliau memberi markah 99% !! (Hebatnya Bahasa Arab dia!)* wujud unsur ke'jealous'an memandangkan diri ini lemah berbahasa Arab. hu3 Semoga seminggu itu berhasil... Fizik A+ InsyaAllah..

Akhir sekali, saya berharap Ramadhan kali ini berhasil dan lebih baik daripada sebelum ini. Saya berdoa agar saya mendapat RAHMAT ALLAH, mendapat KEAMPUNAN ALLAH, dapat JAUH DARI AZAB API NERAKA. Ameen~

WASSALAM









Wednesday, June 8, 2011

Bola Jaring ooo bola jaring..

panas, hujan..sanggup ku redah..

(headline)

MATRI TELAH MENGHANTAR PEMAIN-PEMAIN UNTUK MEWAKILI PERTANDINGAN BOLA JARING YANG DIADAKAN DI UUM, SINTOK, KEDAH, BARU-BARU INI.


Pemain-pemain ini (yang terdiri drpd f3 , f4 + f5) bertungkus-lumus memerah SEPENUH tenaga untuk berlatih bola jaring setelah sekian lama tidak bersenam.

berlatih bersama guru-guru (Teacher's Day Event)

Cikgu Zaiton..turut serta (di tiang gol)

Even, sepanjang minggu exam, diorang masih behempas-pulas berlatih bola jaring! Saya amat kagum dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh mereka.. Especially Syahadah, I've called her 'Atlet Negara'..(baru bergiat dlm bidang sukan he3) Walaupun sibuk dengan bola jaringnya, dia tetap maintain dalam examnya. Add Math..Fuh..seperti biasa...

Tapi apakan daya...baru sebulan berlatih, tidak memadai untuk berlawan dengan PEMENANG PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG.

Kata Cikgu Sanihah..
Allah Maha Kuasa... -___-

Allah Maha Bijaksana...segala apa yang berlaku ada hikmahnya kan?? For ma friends there, just keep trying next time... sekurang-kurangnya, terbakar juga lemak-lemak yang sekian lama terpendam dalam badan kan? hak3

Tidak lupa juga kepada cikgu2 MATRI yang turut turun padang membantu team puteri ini. Especially Kak Lang! Ha3 Every evening, Kak Lang la jurulatih mereka2 ini. Semoga Allah balas segala titik peluh yang di taburkan olehmu itu. (ceh..macam saya je yang bertanding)

Allah memandang pada usahamu, bukan pada hasilnya kan??

Semoga segala latihan, pagi, petang, malam
Allah kira sebagai amal soleh..yah!!
Lastly..Congratulation for you all!!

Wassalam



Genap setahun..

Assalamualaikum..

Better late then never
oh Allah! Please forgive her sins..

Masih tidak terlambat untuk saya memberitahu bahawa 3hb yang lalu...hu3 (amat lewat saya menulisnya di blog) telah genap setahun ma beloved sis kembali ke rahmatullah...

I pray to Allah that she always rest in peace there with Allah's Blessings..rindu padamu membuatkan diriku sentiasa mengingati mati...Banyaknya amalan yang masih tidak terlaksana oleh saya.."mampukah aku kembali padaNya dengan membawa qalbun saleem?"

ya Allah ampunilah Allahyarhamah Nuruljannah, angkatlah derajatnya dlm kelompok org2 yg mendapat petunjuk, berilah penggantinya sesdh kepergiannya menyusul org2 yg tlah berlalu,ampunilah kami & dia,wahai Tuhan alam semesta berikanlah dia kelapangan d dlm kuburnya&terangilah dia di dlm kuburnya.


Dengarlah nasyid ini...hu3



Wassalam..

Saturday, March 12, 2011

Saya balik, mereka pulang

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Alor Setar

Saya balik, mereka pulang..
Cuti pada kali ini amat meruntunkan jiwaku
hu3


Saya tidak sempat bersembang lama dengan 'ma beloved sisters'..
Kak Una yang telah seminggu lalu berlepas dari Malaysia,
keseorang di Mesir.
Semalam Kak Uda pula berlepas ke Mesir,
datang menemani Kak Una yang 'keseorangan' di Mesir itu..

Alhamdulillah
Kak uda telah selamat sampai di KLIA pada pukul 4 lebih (petang) dari
Lapangan Terbang Kepala Batas, Alor Star, Kedah.
Kak Uda telah bertolak dari KLIA ke Mesir pada pukul 12 tgh malam tadi.


sempat ber'mesej'

Semoga selamat perjalanan Kak Uda
sampai ke Mesir
>__<

Rasulullah SAW bersabda:

"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berada (fi sabilillah) di jalan Allah sampai dia kembali"
(Shahih Tirmidzi)

WASSALAM


Friday, March 11, 2011

Saya sudah pulang..


Assalamualaikum.

Alhamdulillah selamat juga saya sampai di rumah...
Cuti 1 minggu yang amat dinantikan oleh semua pelajar matri..hak3
(terutamanya bebudak yang duduk jauh2)

Balik dengan bas..seperti biasa.
Kekosongan seat yang amat banyak bahagian perempuan. hu3
Amat sedikit kalau nak dibandingkan dengan cuti sebelum ini.

Berkaitan dengan sebelum cuti penggal ini,
ha3

Kakak saya yang dua orang itu balik Malaysia!
Suka-suki saya dibuatnya..
Alhamdulillah...
Mereka sebenarnya tak berniat pulang ke Malaysia sebenarnya pada tahun ini.
Disebabkan Husni Mubarak yg terlalu 'HUSNI' itu..
mereka terpaksa balik.
hak3
Memandangkan mereka baru pulang dari berjalan-jalan ke Jordan dan Siria,
Mereka beli 'barang-barang' cantek2 kepada kami sekeluarga!
Best2!
Untung-untung...

Sementara mereka berada di Malaysia, saya menjemput mereka berdua datang ke Matri!
Saya suruh diorang buat tazkirah + perkongsian bersama kami di Matri.
Hak3 jahat sungguh saya..

sabar menunggu..

Mereka membuat sedikit perkongsian tentang apa itu sebenarnya HALAQAH dan sebagainya.
Bebudak Matri sebenarnya tidak semua yang faham apa itu halaqah yang sebenar.
hu3

Henset kami bertiga..ha3 (gn DSLR >_<)

Key chain Palestin yang dijual oleh kak Uda.
Tapi yang saya, saya dapat 'free of charge'.
Chumel2..

Alhamdulillah
Kak Husna telah selamat sampai ke Mesir.
Disebabkan mengikut tajaan mereka, meraka terpaksa pulang berlainan hari.
1st time doirang tak balik sekali.
ha3
susah betul nak berpisah diorang dua ni.

SEBELUM PULANG..

Kami telah berjaya menghadirkan diri
dalam

TAMRIN SELAMAT PULANG!
seperti biasa...
Dengan bertemakan:

" Mencari Ilmu dan Iman, Bukan Glamour"
>_<

Saya... platun BADAR!

Kami ditugaskan untuk membuat sepanduk!
Waw! Sangat sengit persaingannya...
Beginilah kami....

mencari..

Ilmu dan Iman.. (jariku interframe)

Bukan Glamour!!

bebudak seni..BADAR

Bertungkus-lumus diorang buat keje..
Tidur ntah kul bape..
-__-

Subhanallah..
MashaAllah..

Alhamdulillah..
Sepanduk Kami + Platun Badar mendapat tempat

KE-4

daripada 5 platun

Tidak mengapa duhai Badar..
Adat pertandingan memang begitu.
Nampaknya tahun ini bukan zaman kegemilangan Platun BADAR.
TAk pe2..kita cuba tahun depan yerk?!

Hari Khamis yang lalu..
Pertandingan Kawat Antara Sekolah telah dijalankan di MATRI

MasyaAllah





HA3 semua itu dirakam oleh saya di paras 3
Minta maaf di atas video yang tidak berapa cantek
because they were taken by ma Handset only...hik3
(saya letak yg best2 jew)

Keputusan telah diumumkan selesai habis KAWAT ROS (x tau maksud ape) dari 17th Generation
(bebudak batch 17th Matri = Tingkatan 5)

KEPUTUSANNYA:

1ST : Kadet Remaja Sekolah
2nd : BOMBA
3rd : Persatuan Bulat Sabit Merah

Alhamdulillah..

Saya merasakan tamrin kali ini sungguh memberangsangkan!
Dengan ada Hari Pendidikan Islamnya...
Dengan ada Pertandingan Kawatnya...
Dengan keceriaan Suraunya...
Best!!

Saya amat merasai bahawa apa yang disampaikn oleh cikgu2 + ustaz2 di Matri,
mereka sangat-sangat mengharapkan pelajar-pelajar Matri
dapat menjaga dirinya apabila berada di luar daripada Matri.
Tidak terpengaruh dengan arus jahiliyah yang pekat zulumat itu.

Ya Allah!! Kuatkanlah imanku...
Wahai guru-guruku, akanku berusaha bersungguh-sungguh
seperti yang diharapkan olehmu..
InsyaAllah...
>_<

WASSALAM..