Wednesday, March 13, 2013

13.3.13

Assalamualaikum.

Happy birthday to Ayahku Sayang!
Cantikkan tarikh hari jadi Ayah?! he3 special betul!

Ayah.
Tanpa ayah, Mayam tak ada di dunia ini.
Tanpa ayah, Mayam tak lahir ke bumi Allah ini.

Alhamdulillah. Allah masih sayangkan ayah, walaupun beberapa batang gigi ayah dah pun tak ada. he3 Kelakar betul ayah, a day before ayah's birthday, ayah went to Penang. When he came back home, he gave Ummi a beautiful watch! And he said, "Happy Birtday to Me!" Ayah ni susah nak buat cute-cute. Bila sekali ayah buat, cumel sangat. ha3

Ayah, Mayam selalu doa kat ayah, semoga ayah diberkati oleh Allah selalu. Moga Allah Sayang Ayah sebagaimana ayah sayang anak-anak ayah dari kecil sampai sekarang. Terima Kasih Ayah!

May Allah Bless You Always!
I love You! ❤



Wednesday, March 6, 2013

Missions

Assalamualaikum

I've been buzy this week. So many things to be done before back to home sweet home!
Baru-baru ni, Medcy aka Medical Sciences Students Society telah selesai men'distribute' compilation questions untuk Mid Semester Exam. Alhamdulillah, as part of the bureau, saya happy sebab dapat sediakan soalan untuk student UIA nak exam. he3

Haa...nak bercerita tentang mission, saya sedang memikirkan misi apa yang saya nak target bila sesampai saja saya kat rumah. Hmmmm....Sebenarnya saya dah jot down some things yang saya nak buat. Memandangkan kakak-kakak saya yang bujang dan bakal meninggalkan saya keseorangan menjadi bujang ada kat rumah, saya nak melepaskan rindu yang telah lama terpendam.hu3 Sadis betul. Balik Malaysia kot-kotla nak luangkan masa lama-lama dengan family, tapi Allah izin bertemu jodoh pulaa...apakan daya rancangan Allah itu tak ada sesiapa boleh lawan. 2, 2 orang sekali gus pulak tu.

Ok, balik kepada main point. First thing i want to do is STUDY! Of Corse, Study! Exam UIA semester kali ni buat weekend pulak. Jadi cuti kali ni tak berapa nak cuti sangatla nampak gayanya. Saya nak study dengan ummiku sayang. Wahai ummiku, susah benar anakmu ini nak belajar denganmu walaupun ummi sebenarnya cikgu Fizik dan Matematik! ok2! I'll try. Susah sebenarnya kalau cuti ni nak study. Rabbuna Yusahhil. Ok! Mathematics and Physics, please be kind to me k! Target saya, habiskan compilation Questions dan latihan-latihan yang Madam bagi. Fighting!

Second thing, I want to make cup cake! Bila Kak Uda balik ni, mungkin lebih bersemangat kut nak buat benda-benda macam ni. Sebelum ni memang nak buat pun cupcake, tapi tak kesampaian lagi. Blueberry Cupcake! Macam sedap. Ini sebab Pya! Sebab roomate saya seorang ni suka buat cupcake, tempias nak buat cupcake terkena sikit. I want to make 'em then, bring to UIA. InsyaAllah. Kalau buat la....uhuk.

Third thing, saya nak ambil gambar banyak-banyak dengan kakak-kakak saya. *perlu ke?* ha3 saya sebenarnya sangat menyesal sebab tak ambil banyak gambar dengan my late sister, Keknah. hu3 Sedih. Ok. Ceria kembali. Moga dia berada dalam golongan yang soleh dan solehah. Ameen~

Nak bagitahu, balik kali ni memang awesome! Alhamdulillah, ada orang baik nak tumpangkan balik Kedah. Classmate, Farzana punya pakcik nak tumpangkan sampai Kedah. he3 orang baik bagi, kita terima saja. Tapi, satu kelemahan di situ, saya kena balik lambat. Itulah yang sangat menyedihkan. Bersabarlah. Kalau nak senang memang kena hadapi dugaan-dugaan dia dulu kan? InsyaAllah saya sampai Sabtu tengah hari. InsyaAllah sampai malam di Alor Setar, dan bergerak dari Alor Setar ke Baling pagi esoknya. Even dalam satu negeri pun, bukan main jauh lagi. 2 jam ya tuan-tuan. Tak lama ke?

I'm thinking what I want to bring back home. Books? Clothes? *tak perlu kut..ha3 I have to go back to UIA earlier. Because of Motivasi Minda Medik which be held in 17th March Sunday, so I have to take bus on Saturday! I hope it is meant to me in the future.

Thats all for this week. Kita tengok pula minggu depan apa yang best. he3 Saya dah tak sabar nak selongkar barang-barang kakak2ku *evil laugh*.

May Allah Bless me and you all Always. Moga perjalanan balik nanti dilindungi oleh Allah. Ameen. To all CFS IIUM students, Happy Holiday! Manfaatkan cuti anda. Nasihat untuk diri saya sebenarnya. hu3

K! Wassalam.





Tuesday, February 26, 2013

2 Bulan yang bermakna

Assalamualaikum

Untuk kesekian kalinya, saya menggerakkan semula jari-jemari untuk meneruskan 'perjuangan' mengupdate blog saya. Baiklah, sepanjang dua bulan ini, banyak perkara yang telah saya lalui, banyak yang saya hadapi dan banyak perkara yang sukar untuk saya lupakan. 2 bulan? Apa yang sangat memorable sangat kalau nak dibandingkan dengan setahun lamanya?

Kata Imam Ghazali, perkara yang paling jauh adalah masa yang telah ditinggalkan. Sangat jauh apabila kita mahu mengambilnya, sangat jauh bila kita hendak menghampirinya. Ya! memang sangat jauh. Jadi, setiap masa kita sebenarnya perlu dibelanjakan pada perkara-perkara yang bermanfaat kan?

Kehidupan saya di CFS IIUM ini Alhamdulillah berjalan dengan baik. Dengan ahli bilik yang sama, yang ceria selalu. he3 Roomate saya tahun ini telah banyak melakukan anjakan paradigma *eceh. Semester ini, kami lebih banyak bergerak berbanding semester lalu, memandangkan UIA buat macam-macam program. Tambahan, semangat tahun yang baru. Kali ni, kami banyak meluangkan masa bersama bila exercise. Shahirah, Faam dan Piya. Sangat ceria mereka-mereka ini. Kalau main, semangat betul. Tak sah kalau tak basah satu baju, sebab terlalu active waktu main. Main Badminton telah menjadi agenda kami sebilik. he3


                                               Roomate saya yang sangat happening

24 Januari
Saya dan Fariha ke KOPLIT Kajang. Menghadiri TOT untuk Pewaris 8. Bahagia bila jumpa sahibah-sahibah Khassah. Lama sangat tak berjumpa. Alhamdulillah dapat juga bertemu walaupun sekerat hari.

Pewaris 8
Bergerak ke Kelantan.Menjejakkan kaki buat kali ke-2 ke Kelantan. Macam-macam cabaran nak ke sana. Memandangkan Hari Raya Cina. Tiket, punca masalah. Alhamdulillah, kalau kita tolong agama Allah, Allah akan bantu kita kan? Dapat jugak tiket pergi dan balik. Dapat pun satu masalah jugak.hu3

Pengalaman naik bas ke Kota Bharu dengan Sharifah Najihah. Tak boleh lupa! Jiha...Jiha.... Ingatkan dah sampai, siap bawak turun beg bagai. Tapi, tengok penimpang lain, kenapa semua senyap ja? Jiha, dengan semangat bawak turun beg ,tanya-tanya, kat mana ni? Kat Gua Musang! Alamak! malunya! Serius! sangat malu waktu itu. Hanya Allah yang tahu. But we just pretend that nothing happen. Allah... jadi kami buat-buat turun beli makanan. Bagus tak? ha3 *gelak

Pewaris kali ni buat kali pertama buat di Kelantan. D' Chalet Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Pewaris 8 banyak memberi memori-memori yang sangat sukar untuk dilupakan. Cikgu-cikgu dan pakcik makcik yang banyak bagi input kepada saya. Berjumpa adik-adik MATRI, SMAKL, SMIK, IBRAH dan lain2. Ahhh...saya rindu mereka. Jumpa adik teruna aku sorang tu kat sana. Rindu pulak kat dia.






Pada waktu yang sama, Umi dan Ayah ke Mesir. Pergi dalam seminggu. Melawat kakak-kakakku di sana. Nak Graduate.
Alhamdulillah Maddin (adik) dapat masuk Pewaris kali ni. Kalau tak, dudukla di asrama.



Kakakku, Nurulhusna dan Nurulhuda telah menamatkan degree mereka di Tanta University, Egypt dengan jayanya. Alhamdulillah. Saya turut bergembira di Malaysia. Hati di sana, cuma jasad di sini. Moga korang balik ke tanah air bersama misi untuk Islam.


Kakak saya: Kiri sekali dan yang 4 dari kiri

MidValley
Jumpa 'Amirah dan Hazirah dari UPM. Aahh...saya sangat rindu mereka. Entah macam mana, Allah izin terasa nak jumpa sangat, jadi terus plan nak pergi Mid. Makan sama-sama kat Chicken Rice Shop sebab nak makan nasi jugak. Masa sangat jealous dengan kitorang. Jumpa sekejap sangat. Sorry Mira, x sempat nak makan ice cream dengan u.



23-24 Februari
Hadir ke Daurah HALUANSiswa Wilayah Tengah. Pengisian untuk diri. Persediaan menghadapi masyarakat di IPT masing-masing. Satu amanah yang berat juga. Nak bawa manusia kepada Allah sungguh payah. Itulah pentingnya bekerja dalam jemaah. Susah sama-sama, senang pun sama-sama.

Jumpa dengan kakak-kakak senior yang hebat-hebat belaka. Kami yang junior, bakal penyambung tugas mereka. yaahh!





26 Februari
Kak Una dan Kak Uda balik Malaysia. Alhamdulillah. Habis jugak diorang. Rasanya dah 2 tahun tak jumpa! Tak sabar nak balik rumah....Rindu yang teramat. Umi dan ayah buat kenduri kesyukuran esok. Jadi, saya kena balik jugak by hook or by crook.

I will going home tomorrow. This blog will be left for a few days maybe.

Wassalam.

Tuesday, January 1, 2013

The New Year has Come




Assalamualaikum
Sudah lama tidak menjenguk
tup..tup..

2013
1.1.2013

The year that I will become 19 years old
The year that will start Semester 3-end of 1st year in CFS IIUM
The year that my beloved sisters come back from Egypt, and my parents will go there for their graduation T-T
The year that my brother become a prefect *eceh
The year that will be better from YESTERDAY

2012
31.12.2012

The year that may Allah blessed what I've done 
The year that I got a New Ipad! haha
The year that I hoped to go to Egypt T-T
The year that I got to CFS IIUM 


Yeah! I admit that, I'm so lazy to update my blog. Alhamdulillah, dengan kemudahan yang ada, saya akan cuba untuk terus menulih dengan rajen. Saya terlalu menginginkan satu blog yang comel, macam blog orang lain. Tapi sebenarnya blog itu kalau cantik teraa mana pun, kalau tidak diupdate pun tak berguna jugak. Tambahlah kalau blog yang Classic Template macam blogku ini. huhu

Fight Laziness! Let's Study!
2013. Saya sedang membesar sebenarnya. 19 tahun! Tahun depan kalau panjang umur 20 tahun. Oh Tidak! Saya dah berazam untuk jadi lebih rajen menambah ilmu untuk tahun ini. Bila memikirkan persiapan diri untuk kawen, Ops! haha persiapan menghadapi masa hadapan, AKU MESTI RAJIN! Rajin tambah ilmu dan sebagainya. Sebab rasa rugi sangat kalau tak manfaatkan buku yang berlambak kat rumah dan masa yang Allah dah bagi kat kita ni. Tapi kenapa sekarang baru nak mula? Manusia suka macam tu. Manusia itu..........> AKU.

"Will there be any free time after all this?"
Dr. Muhammad Sa'eed Hawwa bertanya dalam buku dia - Our Youth : The Key To Success.
Adakah kita sedar kita banyak tanggungjawab sebenarnya? 
Tanggungjawab saya sekarang ini...
BELAJAR! STUDY!
Yeah! Belajar! 

TARGET
I'm targeting this semester to get better result than last semester. Last Semester? Not Bad. But, I'm will strive to get 4 FLAT for this Semester. Yosh! 
I'm targeting to increase my reading. I'm sooo lazy to read actually. But, sooo jealous when seeing someone become a bookworm and have a lot of interesting books. Oh Allah!Yufaqqihu fi Deen!
I'm targeting to go many talks at CFS. But, I'm afraid of my laziness! LAZY is my disease. Throw it please...haish...tambah sket ilmu tu boleh tak?!


The first step is the HARDEST
May Allah always bestow me His blessing in every step in my life. I really need that. Without Him, who I am in this world. Oh Allah! Help me in every circumstances I have to face in the future. 

Semoga diri ini menjadi matured! *puihh

^3^ 
Wassalam