Friday, March 9, 2012

Pencerapan Guru-guru Baru

OH TIDAK!! Sesi pencerapan bermula! hu3 Pencerapan untuk Cikgu Maryam adalah semasa mengajar 2 Hasanah dan 3 Fathonah! dahla mereka2 itu hyper  Bertambah terkejut bila tengah2 mengajar 2 Hasanah tu, Cikgu Asnazalia datang tengok! Tapi tak taula tu pencerapan yang sebenar atau tak.


Saya sedang berusaha mempelbagaikan pengajaran saya di dalam kelas. Thanks to my sisters Kak Husna dan Kak Huda sebab bagi macam-macam cadangan dan tips-tips untuk u'r little sister ni. he3 Saya dapat banyak + pelbagai idea yang best2 dari mereka. Tapi, memandangkan saya orang baru di sini, saya kurang pengalaman. Saya ingin memerhati dulu gerak kerja guru-guru SeRU ini. 


Kelas BArab-2Hasanah

Kelas Sirah-3Fathonah
Kak Nabilah aka Cikgu nabilah (ma roomate) pernah tunjukkan satu video PnP seorang English Teacher. Woah! Very experienced teacher! Budak-budak dalam kelas dia tekun mendengar. Memang sangat menarik cara pengajaran dia. DAN SANGAT KONTRA dengan cara saya mengajar di dalam kelas. Dengan budak-budak berjalan sana, berjalan sini, berdiri  tak mau duduk-duduk. Jadi, daripada situ, saya ada ceduk sikit-sikit daripada cara dia mengajar. Saya cuba buat ABM (alat bantu mengajar) sendiri. Saya buat 'flash card' dalam versi Arab pula! Seronok juga buat benda-benda macam tu. Colour2, gunting-gunting, potong-potong.


Handmade ABM
Saya pernah buat nyanyian Bahasa Arab tentang 'Anggota Badan Saya' --JISMI. Saya try untuk kelas 2 Rahmah tanpa ABM, sekadar tunjuk buku teks. Saya nampak mereka masih tak mampu membaca + pay attention pada apa yang saya cuba sampaikan. Oleh itu, ces saya cuba tulis semula dalam kertas mahjong dan saya cuba menggunakannya dalam kelas 2 Hasanah. ha3. YES!! Alhamdulillah! Respond yang diberikan sangat positive! Sebenarnya lagu tu mengikut rentak lagu 'Ummi'. Rupa-rupanya ramai yang pernah mendengar nasyid tersebut., hmmm.....lagi senanglah kerja saya.


anak murid 2 Hasanah
Tak sangka saya budak-budak tu suka betul dengan lagu tu. Diorang suka sangat sampai kat luar kelas pun duk menyanyi "Jismi~ 2x" (ikut rentak lagu ummi) Sampai esoknya saya masuk kelas mereka, mereka suruh saya nyanyi lagi lagu tersebut. Hu3 Saya pun terpaksa nyanyi lagi dengan diorang. Rupa-rupanya, kanak-kanak ini memerlukan audio/ picture or something that can catch their eyes. Barulah pengajaran kita akan menjadi lebih menarik dan interesting.


anak-anak murid
Sebenarnya nak mengajar kanak-kanak sekolah rendah ini memerlukan tenaga pengajarnya melakukan kajian yang sangat banyak dan terperinci bagaimana nak mengajar anak-anak didik mereka. Bukan sekadar masuk kelas dan bercakap dan terus bercakap SAHAJA! Memang! Saya dalam kelas darjah 1-6, saya cukup susah nak duduk atas kerusi guru. Kalau boleh tak ada kerusi pun tak apa kecuali kelas HAFAZAN saya untuk darjah 4. Terpaksalah duduk sebab nak mentasmi' hafazan budak.


Saya teringat kata-kata 'Guru ibarat sebatang lilin, sanggup membakar diri demi anak didik tercinta'. Memang susah rupanya menjadi seorang murobbi, pendidik. Bagaimana ya Rasulullah?? Setiap kali saya nak masuk kelas, saya selalu baca doa "Rabbi yassir wa la tu'assir". Saya sangat-sangat memerlukan kekuatan dan pertolongan daripada Allah untuk membantu saya dalam pengajaran saya. Saya berharap sangat apa yang saya ajarkan diberkati oleh Allah dan masuk dalam jiwa mereka. Moga bukan hanya sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ya Allah! Very need your help!


YA ALLAH! BERILAH AKU KEKUATAN!

wassalam 

1 comment:

hood@sunny said...

WoW! I'm impressed~

Hehe nk dgr jugak lagu jismi tu.. boleh kok da blajar sama dlm arab hehe.

Kasik link sket kalo ada video dak2 tu ^__^

Korang sgt chumel~!