Saturday, September 3, 2011

Eid Mubarak 2011 ^_^


Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Illahi kerana memberi saya peluang untuk menyambut Aidul Fitri buat tahun 2011. Kesedihan atas pemergian Ramadhan dirasai oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat RA cuba saya terapkan dalam diri saya. Semoga TAQWA yang diidamkan

oleh saya tercapai kali ini. InsyaAllah~

Ramadhan telah berlalu, kini Syawal menjelma.


Syawal kali ini, keluarga saya agak kesunyian, Kak Husna dan Kak Huda di Mesir, Kak Jannah telah bertemu dengan Penciptanya. Tidak dapat beraya di Johor. Bukan merungut, tetapi kemeriahan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu tak dapat saya rasai SEPENUHNYA.

Raya di Kedah apa kurangnya..Sebelum pergi beraya, sempat saya bergambar di rumah,

bersama yang ada di rumah..


keluarga tercinta

Beraya di rumah tok..

Bergambar...etc2...

saya buat ketupat tahun ini


sarapan di pagi raya

Darwish sudah besar ><

Ahmad Sani's Family

saya suka gambar ni
( Mak Ndak and Family + Kak Zarirah+ Zafrin)

Adik-beradik ayah

Itu sahaja yang dapat saya coretkan di sini. Suasana berhari raya mengajak saya untuk lebih 'berhari raya' berbanding nak 'study'. hu3 Semoga saya dapat yang terbaik TRIAL kali ini.

Semoga sesiapa yang melalui Ramadhan kali ini dengan penuh keimanan dan pengharapan, moga-moga diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu. InsyaAllah..Ameen~
KELUARGA HJ MOHD SAHABUDDIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wassalam

Trial..trial...


Assalamualaikum...

6hb September saya akan menduduki Trial SPM..

Diri ini menganalogikan TRIAL itu seperti ujian daripada Allah. Adakah saya sudah cukup persediaan menuju kepadaNya?? Adakah saya akan berjaya??

Ya Allah bantulah hambamu ini....

Kepada semua ahli keluarga yang dicintai, saya amat mengharapkan doa dari kalian agar saya dipermudah oleh Allah SWT segala urusan di hari TRIAL itu nanti.. Ameen~

Kepada semua pembaca blog saya ini, doakan kejayaan saya..

Wassalam