Assalamualaikum
Alhamdulillah, setelah berpenat lelah + berhempas-pulas + bertungkus-lumus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selama 1 bulan, akhirnya semua itu telah menjadi kenangan.
Pejam celik, pejam celik, kami sudah habis menjalani alam persekolahan. Habis belajar di sekolah. Terasa amat cepat masa berlalu. AMAT CEPAT. VERY FAST. Kami sudah besar sebenarnya. Apakah saya benar-benar sudah matured?
13 hb Disember 2011
Paper last saya pada hari itu ialah Pendidikan Al-Quran dan Sunnah (PQS). Sebelum paper last ni, kami cuti lama sangat iaitu selama 5 hari! Masa yang lama menyebabkan kami berasa amat santai..*very lazy to study. Memandang tinggal 1 lagi subjek. PQS pulak tu. Tidak dapat dinafikan, ramai dalam kalangan kami amat malas nak belajar dalam tempoh 5 hari tu. Tetapi Alhamdulillah kepada Allah sebab bagi masa yang lama. Hmmm..memang betul apa yang Rasulullah SAW,
Daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang.”
(Riwayat Bukhari)Allah izin ayat ni masuk pulak dalam exam hari tu.Alhamdulillah..
Start pukul 2 petang hari tu. Jadi bertambah relaxla kami pagi tu. Tapi saya mandi lebih awal dan duduk di surau sahaja. Surau ada ketenangan sikit, berbanding di dorm. Baju sekolah, kasut, slip peperiksaan, kad pengenalan etc.. Malangnya, hari terakhir tu saya terlupa nak ambil nametag. Saya merasakan diri saya begitu selekeh sekali pada hari TERAKHIR tu.* sudah terbiasa pakai nametag, bila tak pakai rasa lain..
Paper PQS mengambil masa selama 2 jam setengah. Mula pukul 2, habis pukul 4.30 petang. Lepas-lepas habis tu, semua sudah tak sabar-sabar nak meraikannya. Alhamdulillah, selesai semua kutipan paper, kami bergambar. Sakan bergambar, solat pun lambat.
Tapi saya tak tau kenapa saya tidak merasa segembira orang lain. *biase jek.. Baru saya teringat saya tak makan tengah hari! Saya keletihan yang amat sangat. Terlalu gementar sampai tak lalu nak makan. Itulah sebabnya saya biasa-biasa saja petang tu..
Selesai solat Asar, ada sedikit taklimat bersama Cikgu Syahid tentang No. Pin UPU, bagaimana nak Datang MATRI ambil result, etc..
sedikit kata-kata buat bekalan
atas surau
sesi bergambar
ambil yang mana ada
Setakat ini saya cerita. Sebenarnya banyak lagi yang terselit dalam hati ini yang ingin diceritakan. Tapi...nantilah..
Wassalam.
2 comments:
ouh sedihnya rindu saat manis.... mayam nak gamba kite mira and asma mana nak post ni
muahaha...ada gambo km lah!*xcited!*
Post a Comment