Assalamualaikum
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih lagi dapat menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Seluruh umat Islam disuruh untuk berkorban apa sahaja kerana Allah. Pada tahun ini, saya telah berjaya berkorban demi umi dan ayah yang masih mengerjakan haji di Mekah. Daripada saya terpaksa menelan kata-kata yang berduri semasa berada di rumah tok, lebih baik saya duduk di rumah saya sendiri.
Hari raya Aidiladha sedikit hambar pada tahun ini. Dengan ketiadaan nasi impit, rendang, daging masak kicap, sayur lodeh yang dimasak umi. Huhuhuhu....Saya berterima kasih kepada jiran-jiran saya yang begitu prihatin dengan kami. Dapatlah saya merasa ketupat, lemang, rendang dan sebagainya. Praise to Allah, saya makan ketupat je makan tengah hari, memandangkan saya tak pandai masak rendang.
Ayah telefon pagi tadi, suara ayah serak. Batuk + sakit tekak agak mengganggu para jemaah haji di sana. Ayah sudah selamat bertahallul awal. Hahaha..PSI banyak membantu saya dalam memahami perjalanan haji umi dan ayah. Rindu suara umi, khemah para jemaah haji telah dipisahkan mengikut jantina sejak melakukan wukuf. Oleh itu, sejak kebelakangan ni, kurang saya bercakap dengan ummi. Semoga selamat buat tahallul thani pulak. Ayah dan ummi akan pulang 29hb ni. YA Allah! Selamatkanlah mereka!!
gn hp Motorola jap..
Kak Uda (ma sis) telefon. Nampaknya mereka (org Mesr) berhari raya lebih awal daripada umat Islam di Malaysia. Kata Kak Uda, mereka makan nasi impit, kuah kacang dan lain-lain lagi. Haaa...Kak Una pandai masak kuah kacang rupanya! Tahniah2. Saya bangga dengan Kak Una. Saya kena belajar dengan diorang ni. Mereka lagi kena banyak berkorban, memandangkan mereka warga perantau di Mesir. Lagi jauh dari kami. Huhuhu.... (tiap2 hari nangis koot..)
Raya Haji kali ni, tak banyak yang balik rumah tok. Saya datang hanya sekejap sahaja. Tak nak lama-lama. Makan, minum, tengok tv sekejap, then, balik. Balik tu, ada adik 2 orang datang nak beraya! Nak duit raya....mintak maaflah akak tak ada duit....hahaha...
Beraya sekejap di rumah Pak cik Kamal dan Mak Cik Yah. Makan pulut...Basyitah ( ma cousin) bertambah chubby sejak masuk U. Hahahaha....pengakuan oleh dirinya sendiri.. macam muka Siti pulak bila tengok lama-lama. Hahahaha. Hambali+Fauzi berjaya menggenggam 5A di tangan mereka. Tahniah! Kesian Fauzi, dia mengambil untuk teruskan pelajaran ke SM Baling je, sebab mak dia tinggal sorang2. (His reason when he refused to go to MRSM) Cikgu2 tak boleh cakap apa-apa....
Penerusan buat mind map hanya setakat Alloy baru...hish begitu lembap sekali kerja saya.. Ini disebabkan TAK DAK INTERNET!! Saya tak tahu bila la episode tak ada internet ini akan berakhir....tunggu sajalah...
WASSALAM
No comments:
Post a Comment