Saturday, November 20, 2010

salam!

Assalamualaikum..


Setelah berkurun lama saya tidak menulis atas alasan yang tidak munasabah jika difikirkan. Kawan-kawan saya nampaknya semakin maju dalam bidang berblogging. Ya..saya kagum kerana blog mereka lebih lawa daripada blog saya. Huhuhu...tidak mengapa!! Hari ini saya kembali menulis memandangkan blogpost saya yang TERLALU LAPUK! Hmmm..

Cuti sekolah saya pada tahun ini AMAT MENGEJUTKAN saya. Nak tahu mengapa? Sebab TERLALU AWAL buat semua pelajar di seluruh Malaysia. Haaa..kami telah bercuti pada 4hb yang lalu! Disebabkan banjir teruk di Perlis (ma school) dan Kedah. Ketiadaan bekalan air bersih di Perlis amat membimbangkan para pelajar sekolah termasuk saya sendiri. Selama seminggu kami tidak dibenarkan mencuci baju! Kalau nak mandi, hanya SEKALI sehari. Waaa..tanggungan yang amat berat untuk saya galas pada masa itu. Tetapi ada segelintir pelajar yang mengambil kesempatan untuk membasuh baju mereka sewaktu air masih sedikit lagi tinggal. Ini menyebabkan beberapa senior ( roommate saya) merungut tidak berpuas hati apa yang dilihatnya. Saya yang mendengarnya naik geram juga. Seminggu itu jugak merupakan minggu peperiksaan saya! Hahaha...Saya Mengambil Paper Biology, Physic, Add Math dan PQS dengan baju yang tak berbasuh + tak mandi! Hahahaha...Hujan lebat menemani peperiksaan saya. Sejuk~ ok jugak tak mandi..

Para guru kesayangan kami yang tinggal berdekatan dengan asrama, berusaha mengumpul bekalan air bersih dari rumah mereka untuk dibekalkan kepada kami sebagai bekalan minuman. Macam mangsa banjir pulak. Alaa..lebih kurang jugak laa. Ha3..Jazakumullahukhairan kathira kepada mereka. Tanpa pertolongan mereka, kami mati kehausan di asrama. Sumber air saya pada hari pertama ketiadaan air adalah air KATAK! aka air telaga. Itu saja yang boleh saya guna ambil wuduk dan mandi serba-sedikit. Nak termuntah bila nak gosok gigi..nak buat apa lagi.. air tu je yang ada. Sumber air saya yang kedua pulak, air kolam tepi asrama!! I’ve forced to do that..huhuhuhu...kesiankan.. Alhamdulillah di surau ada sedikit air. Senang sikit nak berwuduk.

Pada hari Khamis 4hb kami diberi kejutan dibenarkan balik sampai akhir tahun! Seronok-seronok la tapi masalahnya sekarang Kedah BANJIR! Kedah banjir macam mana nak balik? ‘Tamri Selamat Pulang’ terpaksa dibatalkan akibat daripada banjir tersebut..Ini menjadi satu kerisauan juga buat para murobbi di sini. Kami gembira tapi mereka sedih. Dalam gembira kami, ada bahayanya juga. Adakah semua pelajar dapat bertahan dengan arus jahiliyah yang kuat setelah pulang ke rumah tanpa menjalani ‘pembersihan hati’? Haaa...tepuk dada tanya iman. Hmm..setelah menunggu air surut, hari Ahad 7hb baru saya balik. Alhamdulillah kami tak tersangkut. Cuma ada satu jalan yang masih tak surut airnya.


Habis cerita tentang banjir. Sekarang cerita di rumah pulak. Ketiadaan Umi dan Ayah di Malaysia kerana melakukan ibadah haji dan umrah di Mekah menyukarkan hidup saya di sini. *sigh* Keberadaan saya di rumah tok nampaknya tidak menyenangkan hati MANUSIA-MANUSIA tertentu. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk duduk at my own HOUSE! Even my parent went to Mecca. Daripada menyusahkan orang. Hmmm..lebih selesa. Terima kasih Pk ck Kamal dan Mk cik Yah because always take care of us. Every night, Safuan and Hambali (my cousins) will come and accompany us. Ha3 mereka datang untuk teman + MAIN GAME! Alhamdulillah sepanjang saya berada di RUMAH SENDIRI, Allah masih melimpahkan kasih sayangnya dengan melindungi kami dari sebarang gangguan. Praise to Allah.



Hari kedua saya di rumah, cabel dicuri LAGI oleh MANUSIA-MANUSIA YANG LAPAR!! Lapar tahap **** hmm entahlah manusia sekarang ni macam mana. Sampai sekarang tak pasang-pasang lagi internetnya. Ini menyebabkan perancangan saya yang telah saya rancang di sekolah tergendalaa...Apakan daya, kita merancang Allah yang tentukan. Assignments given by Teacher Zaiton hanya dilihat sahaja. To-do-list yang bertimbun tidak tersentuh oleh saya. Hmmm...


Baru hari ini saya memulakan assignment Cikgu Zaiton. Pencarian buku rujukan Chemistry milik Arwah K/Jannah akhirnya berjaya. Alhamdulillah. Disebabkan buku teks dikumpul semula, references book sajalah menjadi rujukan saya. Hmm tajuk terakhir Chemistry Form 4 iaitu ‘Manufactured Substances in Industry’ chapter 9 menjadi tugasan kami (form 4) pada cuti akhir tahun ini. Mind map setiap subtopic mestilah siap sebelum tahun hadapan. Fuhh..cabaran buat diri saya yang akan menghadapi SPM pada tahun hadapan.Diri ini dirasakan masih kanak-kanak. Ye ke??......waduuhh..susah ni. Apa-apa pun, I’m trying to do my best for my SPM 2011. Gambatte-ne~
Ok lah setakat itu dulu. Nanti kita sambung lagi. InsyaAllah~

WASSALAM

No comments: