Sunday, January 5, 2014

Forgotten New Year

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Semoga sentiasa dalam pemeliharaan Allah Azza wa Jalla.
Saya kira saya sudah lama tidak memegang papan kekunci untuk menulis di blog ini. Allahu akbar. Seperti biasa, kemalasan untuk update blog itu datang dan menutup kekuatan nak menulis. Saya lebih menumpu pada Facebook, Twitter dan Instagram. Memandangkan teknologi semakin canggih. heee

Tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun baru kepada semua rakyat Malaysia. eceh. 

Kenapa Forgotten New Year? Sebab saya memasuki tahun 2014 tanpa sedar! *itusemuapoyo


2014



Memberi makna yang besar buat saya sebenarnya. Saya, sedar tak sedar telah menginjak ke alam 20-an! Wow! Saya sudah berumur 20 tahun! Kengkawan batch 94, adakah anda sedar? kita ni dah semakin tua. 

Ya rabbi, 
Aku banyak kelemahan. Aku banyak dosa. Semakin meningkat umur ini, aku takut semakin bertambah amalan-amalanku yang cacat. T-T

Arwah Kakakku Nurul Jannah, tidak sempat merasai nikmat berumur 20 tahun. Terima kasih Allah kerana masih beri peluang kepada kita peluang dan ruang untuk bertaubat. Ya, saya bersyukur. 

Saya memasuki tahun 2014 bersama kenangan yang tak akan dilupakan di Batu Ampar Resort. Bersama adik-adik JDK 2013/2014. Memberi memori indah memasuki tahun yang baru. Adik-adik, sahabat-sahabat, ummi ayah, makcik pakcik, Jazakumullahukhairan kathira kerana menceriakan tahun baru saya. 
Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Azam tahun baru?
Akan ku nukilkan di tempat lain. *sebenarnyatakbuatlagi
Tapi, saya ada cakap kepada seorang sahabat saya, saya nak Target 4 Flat untuk sem depan!
Allahu Akbar!
Saya hanya mampu berazam, berusaha dan bertawakkal. Siapa tahu en?

Dan saya berazam nak baca lebih banyak buku-buku fikrah, seerah dan lain-lain. Asalkan buku lah senang kata. Saya ni kurang membaca sebenarnya. Banyak saya tengok orang-orang yang hebat, mereka gemar membaca. Ulat buku gitu. Haaa...

Saya sedang mengumpul momentum untuk dibawa ke CFS semula. Setelah sekian lama bercuti. Makanya, saya perlu mindset nak study dengan lebih kerap. Jangan malas. Jangan tidur banyak. he3

Baiklah. Sama-samalah kita kekalkan azam, tekad dan semangat untuk terus berjuang di tahun 2014 ini. Moga Allah terus menyalurkan kekuatan kepada kita untuk terus mempersembahkan persembahan yang terbaik buatNya. Ameen Ya Rabb~

Sekian, Wassalam.






4 comments:

hood@sunny said...

Yeah sama2 menjejaki 2014 dgn azam yg lebih membara dan menyala2..

A quote onve said x akan ada pengakhiran yg menyala2 tanpa permulaan yg membara.. eceh..

Sanah helwa.. jemput mai rumah.. hee:)

Nurul Widad said...

Uish.. Jelesnye.. Sabarnye, nanti kite jadi ahli Haluan jugak.. hewhew

perfect's prop said...

Yeah! Do pray for me my dear sista!
Kokda pun, kuatkan azam dan semangat hadapi alam doktr. Jangan sedih-sedih ea...
Maryam selalu doakan kokda terus kuat jadi doktor. Doktor ummat. he3

perfect's prop said...

Allahu akbar...
InsyaAllah nanti kita sama-sama bergerak bantu dakwah Islam. Jomlaa... anytime boleh join.