Monday, January 6, 2014

Ceritera JDK Zon Utara 2013/2014 - Siri 1

Assalamualaikum wbt

Kata-kata mesti ditunaikan. Dengan kekuatan yang Allah beri, dan semangat yang disalurkan, maka saya inginkan nukilkan cerita JDK 2013/2014 di sini.
Novel tak mampu, blogpost pun ok kan? Saya bukan Fatimah Syarha, Hilal Asyraf mahupun Ustaz Hasrizal nak buat buku macam Di Hamparan Shamrock. eceh tapi saya rasa terpanggil untuk mencoret sedikit kisah saya selama 3 minggu di sana.

Terima Kasih kerana memberi semangat. Cikgu.





CERITERA JDK 2013/2014



Bismillahirrahmanirrahim

Saya bukan orang yang hebat. Bukan juga orang yang banyak ilmu. Saya hanya seorang pelajar Asasi, orang yang banyak kelemahan dan kurang pengalaman dan baru menginjak ke 20 tahun. Saya tak tahu kenapa orang pilih saya. Tapi, perancangan Allah itu sungguh rapi dan sangat cantik. Allah izinkan saya dipilih untuk jadi Timbalan Kem Komanden untuk Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan 2013/2014 aka Jay Dee Kay (JDK). Saya dapat berita ni waktu saya Final exam untuk Semester 1. Really?? Ya Allah, nak tergelak pun ada time dengar ummi bagitahu saya jadi Tim Kem Kom ni. Haaa...pelbagai persoalan timbul dalam kepala otak ni. Memandangkan Kedah jadi tuan rumah JDK kali ini,jadi orang Kedah kena turun padang. Alhamdulillah, saya terima dengan rela hati. Saya tak tahu kekuatan itu datang dari mana. Mungkin Allah ingin benar saya ke sana. Mana tahu?

JDK kali ini bertempat di Batu Ampar Resort, Kampung Paya Lintah, Kuala Kangsar, Perak. Ini adalah kali ke-2 saya menjejakkan kaki ke sini. Kali pertama, sebagai peserta. Kali kedua, sebagai Timbalan Kem Komanden. MasyaAllah! Tak terbayang langsung nak jadi Fasilitator JDK apatah lagi Timblan Kem Komanden JDK! Tempat yang menarik. Ada sungai, ada flying fox, ada hutan. Memang pakej lengkaplah boleh dikatakan.





Bermula pada 14 Disember 2013 hingga 4 Januari 2014. Berlangsungnya JDK selama 22 hari banyak beri erti pada diri saya. 22 hari full di sana memberi kesan pada diri saya mengenai ALLAH, RASULULLAH, PENGURUSAN, KEMATANGAN, UKHWAH, QUDWAH dan macam-macam lagi. 

Ada apa dengan JDK? Best sangat ka? Bagi saya tak best.
Serius tak best. Sebab, banyak lagi program di luar sana yang lebih gempak dan hebat lagi daripada JDK ni.

TAPI, hanya orang yang benar-benar ingin ditarbiyah dan ingin hatinya dekat dengan Allah pasti merasakan setiap saatnya di JDK adalah satu nikmat. Nikmat kasih sayang Allah. Nikmat hati dididik. Itu yang menyebabkan saya tidak rasa rugi langsung datang JDK buat kali ke-2. Ada juga fasi-fasi yang datang semata-mata nak join sekali ceramah dan slot-slot di JDK. JDK bagi saya adalah untuk membina benteng dan menguatkan tembok jati diri agar kuat menempuh alam kedewasaan nanti. Tambah-tambah buat adik-adik lepasan SPM ni. Memang bagus kalau datang. Tapi, kalau just datang nak jumpa kawan lama, kawan baru dan balik. Baik tak payah datang. Habaq awal. Kita tak nak adik-adik ni datang dan balik tidak bawa apa-apa. Sekurang-kurangnya mereka balik dengan kefahaman Islam walaupun sedikit. InsyaAllah

Pelbagai Modul yang disediakan di dalam Kursus Jati Diri ini, antaranya:


  1. Modul Anjakan Paradigma
  2. Modul Kecergasan & Rekreasi
  3. Modul Kolej Teknologi Darul Naim
  4. Modul Kemahiran Insan & Profesional
  5. Modul Kepimpinan Masyarakat
  6. Modul Khidmat Masyarakat
Dalam setiap minggu, adik-adik ni akan menjalani modul-modul yang telah disusun kepada meraka.
Modul pertama yang adik-adik JDK kali ini ialah Modul Anjakan Paradigma aka Shift Paradigm Module.


Dalam modul ni, adik-adik akan didedahkan dengan apa itu Islam, Aqidah, Iman, Akhlaq dan Tarbiyah. Kadang-kadang kita ni, nama sahaja Islam tapi kita tidak tahu makna sebenarnya. Contoh, konsep syahadah. Adakah kita benar-benar memahaminya? Bagaimana para sahabat memahami konsep syahadah sehingga sanggup berkorban jiwa dan raga hanya kerana Allah dan Rasulnya. Selain itu, mereka diberi penekanan tentang Iman. Apa itu iman? Adik-adik JDK kali ni hebat sangat. Mampu buat forum, bincang tentang iman. Mungkin susah nak cari program yang bincang tentang iman. hu3 kita patut bersyukur adik-adik. Dalam modul ni juga, mereka diperkenalkan dengan 10 Muwasafat Tarbiyah yang disusun cantik oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.

 10 Muwassafat Tarbiyah

Antara Checkpoint dlm Anjakan Paradigma

Checkpoint saya membincangkan tentang Aqidah yang sejahtera. Antara ciri-ciri terperincinya ialah meyakini Allah sahaja illah (sembahan), tiada yang lain. Contohnya, ubat. Kita selalu yakin bahawa yang menyembuhkan kita adalah ubat yang kita makan. Padahal kuasa penyembuh itu hanya pada Allah SWT. Kita selalu silap, dan itu menyebabkan aqidah kita masih lagi tidak sejahtera. hu3 Apabila saya meneliti 10 Muwasaffat ini, saya masih tidak dapat memenuhi 10 sifat ini. Banyak sangat kekurangan. Jadi, sebab tulah Imam Hassan Al-Banna buat guidelines kepada kita macam mana nak menghampiri kesempurnaan. Baik kan?

Sir Nasir Salleh yg dalam fikrahnya


Adik-adik Puteri tekun mencatat

Satu ayat Quran yang amat terkesan dalam diri saya dalam modul ini ialah,


Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.


(Ibrahim 14:24)

Dalam mempelajari tentang iman, Allah uji terus keimanan kami. Allah izin 2 orang adik puteri ni nak sangat balik rumah. Allahu akbar. Saya tak tahu nak buat apa sebenarnya. Alhamdulillah Allah hantar orang hebat-hebat untuk comfort dia. Orang yang comfort diorang ni datang dari semua peringkat pulak tu. Dari kawan hinggalah ke makcik pakcik. Tapi, nak buat macam mana? Allah tak izin mereka berdua ni bersama kami di JDK sampai habis. Mungkin itu yang terbaik untuk mereka. Moga terus dengan tarbiyah ya adik Haziqah dan Azian. Mereka sebenarnya berhajat nak datang lagi, tapi tiket habis. Sedih sebab tak dapat taaruf lama dengan korang. hu3




Perkara yang paling best di Batu Ampar ni semestinya adalah SUNGAI! Kalau tak dapat mandi tu memang sedih la. Bab mandi sungai ni, hari Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh adik-adik puteri termasuk saya. heee... Boleh enjoy without worries. Sungai Batu Ampar ni bahaya sikit. Sebabnya dia adalah kepala air. Bila-bila saja fenomena kepala air akan berlaku. Jadi, bab mandi sungai ni kenalah bersabar. Kalau mendung-mendung, redup-redup, hujan rintik ke memang tak dapat turun sungai la jawabnya. Sedih kan? Kami di sini bergilir-gilir mandi antara lelaki dan perempuan. Kalau hari ni Putera mandi, Puteri riadhah. Esoknya, Puteri mandi, putera riadhah. Haaa...macam tulah.


Mandi sungai plg BEST!


Modul seterusnya adalah Modul Kemahiran Insan & Profesional. Modul ini lebih banyak membincangkan tentan 3 fakulti insan iaitu Rohani, Jasadi dan Aqli. Adik-adik ni jugak belajar cara berkomunikasi dengan berkesan dan belajar cara mengendalikan sesuatu program aka Event Management. Saya rasa perkara ni amat penting untuk persediaan mereka yang akan ke IPT nanti. Mereka perlu tahu kepentingan kekuatan 3 fakulti tersebut agar mudah mengurus diri di luar sana nanti. Betul tak? Saya yang telah pun ke IPT ni pun masih lemah dalam Pengurusan diri. hu3


Perbincangan

Pembentangan

Pengurusan Masa

Komunikasi berkesan

Modul ketiga, Modul Kecergasan & Rekreasi. Modul yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Betul tak? Setelah seminggu pengisian, tibalah masa untuk aktiviti outdoor! 


Demi memenuhi salah satu 10 Muwasaffat Tarbiyah, JDK menampilkan modul yang memenuhi ciri Qowiyul Jismi (Kuat tubuh badan). Ada macam-macam aktiviti yang dijalankan seperti dalam poster kat atas tu. Paling best sekali dalam modul ni adalah FLYING FOX! Alhamdulillah semua adik puteri telah berjaya naik tanpa ada masalah. Wow! Dengar cite adik putera ada yang takut nak naik. he3 Kesian die. k bye.

Buat kali ke-2 saya naik flying fox. Kali ni saya sahut cabaran bawak sekali camera+record. Yeah! Saya berjaya. Nak menangis, ketaq lutut, gayat semua ada. Adik-adik macam mana pulak? Mesti relax je kan? Muka cool je turun. 


muka bahagia 

Orienteering

Peserta JDK kali ni jugak belajar asas-asas orienteering. Belajar cara menggunakan kompas dengan betul. Kami, fasilitator tak kurang jugak. Join sama. he3 Semangat sampai tergolek jatuh bukit. Hadeih. Fasi ni main tipu je banyak. Bukan buat betul-betul pun sebenarnya sebab skema jawapan dah ada dah kat tangan. Saja nak bagi adik-adik tu semangat jugak. 

pasang khemah+tidur dlm khemah

Mereka juga belajar cara nak pasang khemah. Ber'camping' 1 malam di padang. Tinggal katil yang empuk. Sekali-sekala merasa tidur dalam khemah. Bukan selalu. Nanti dah tak rasa dah nak tidur dalam khemah macam ni. Susah. Khemah depa besar kali ni. Waktu kami dulu berimpit 8 orang dalam 1 khemah yang kecil tau! sobs3 Bersyukur sikit okey...

Malam tu jugak, adik-adik ada nightwalk. Berjalan di hutan hanya dengan bantuan sebatang lilin dan tali. Fasi perempuan tak dapat nak join sekali atas arahan Pakcik yang conduct nightwalk. Mungkin ada sebab tertentu. 

Malam tu jugak sebenarnya Nusaibah telah dibawa ke Hospital. hu3 kesian dia tak dapat join banyak aktiviti rekreasi sebab sakit. 

selesai nightwalk

Hari ke-2 modul rekreasi adik-adik berpeluang 'jungle' trecking. Jungle trecking yang tak berapa jungle sangat pon sebab kebanyakannya kebun durian. he3 Tapi, best! Mencabar jugak. Siapa tak tahan tak boleh jugak join ni. Dalam perjalanan tu kami berhenti di beberapa checkpoint untuk sedikit taklimat dan rehat+makan. Yang bestnya, time nilah yang diorang masak sendiri! Boleh tengok siapa yang pandai masak dan siapa yang tak pandai. Haaa.. Dalam perjalanan, banyak yang kitorang pelajari. Belajar tentang haiwan-haiwan dalam hutan, tumbuh-tumbuhan yang unik. Dan apa yang menarik, ada orang buat bisnes spesies burung yang macam burung kakak tua, cantik. Ada juga spesies ulat gonggok yang bila jumpa makhluk lain dia gulung jadi macam biji getah! Subhanallah, Indahnya ciptaan Allah. Sebenarnya jungle trecking macam ni banyak dapat memuhasabah diri hanya dengan melihat penciptaan Allah SWT. Kita jarang ingat Allah, tapi dengan mentadabbur alam kita dapat rasa betapa dekatnya kita dengan Allah. Benarlah satu kata-kata, 'Jangan kita cuba cari zat Allah. Tapi lihatlah ciptaanNya.' Sungguh, dengan kita lihat ciptaanNya kita dapat kenal Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 


 Berkelana mencariNya


Ini nasi kakak2 fc ehem2

Alhamdulillah Jungle Trecking berjalan dengan lancar sekali tanpa ada masalah besar. Dengar cite budak-budak ni jumpa tapak kaki Harimau. Rupanya hutan yang kami pergi tu ada Harimau. Ya Allah, alhamdulillah dia tak muncul time kitorang tengah jungle trekking.

Modul yang ke-4 adalah Modul Kolej Teknologi Darul Naim (KTD). Dalam modul ni, banyak pengenalan tentang KTD. Memandangkan adik-adik ni bakal melanjutkan pelajaran ke IPTS atau IPTA, Haluan mengambil peluang ini untuk mempromosikan Kolej angkatnya. Ramai juga Alumni JDK yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke KTD. Dan ramai juga fasi-fasi JDK sebenarnya adalah graduan KTD. Semua hebat-hebat belaka. Tak salah kan kita beritahu? Mana tahu jumpa korang kat sana. he3

Encik Abdull Hamid

Adik-adik lukis IC sendiri \0/

Dulu sebenarnya saya juga nak ke KTD. Tapi, Allah izin saya minat Sains lagi dan dapat pulak di UIA. Jadi, UIA menjadi pilihan hati.Banyak bidang-bidang yang dibuka kepada pelajar-pelajar yang ingin meneruskan pelajaran dalam bahagian diploma khususnya. Kepada sesiapa yang berminat, bolehla tengok di laman web http://ktd.edu.my/v2/. Sila-sila. Saya ni tolong promote walaupun bukan budak KTD. he3 Saya IIUMians.

Saya rasa saya sudah sampai R&R dan perlu berehat seketika.eceh

Korang tunggu next post eh. Jeng3x

Wassalam.


3 comments:

Yildirim Fateh said...

minta izin untuk paparkan di web HS?

FB : Shairazi UM.

nak guna untuk perkongsian HS bersama JDK

perfect's prop said...

InsyaAllah boleh. Tapi, tak pa ka penulisan macam ni? Tak berapa formal dan tak overall.

Yildirim Fateh said...

Ana cuba edit dahulu. Kalau masuk gaya boleh lah post.