Wednesday, January 8, 2014

Ceritera JDK Zon Utara 2013/2014 - Siri 2

Assalamualaikum wbt

Korang dah baca yang sebelum ni punya post? Harap korang baca sebelum baca post kali ni. eceh tak baca pun tak pe sebenarnya -__-"
Ok abaikan. 

Sebelum saya start, saya ingin meminta maaf jika post saya mengenai JDK 13/14 ni lebih kepada pihak perempuan dan juga lebih menceritakan tentang diri saya. Kerana ini cerita saya. 


Cerita 22 Hari di Batu Ampar Resort



Bismillahirrahmanirrahim 

Banyak sebenarnya saya nak ceritakan di sini. Cuma saya rasa dia agak privacy untuk diceritakan. Tapi saya cuma nak bagitahu point pentingnya sahaja. Pengalaman jadi Timbalan Kem Komanden JDK ni tak dapat diluahkan dan tidak dapat digambarkan melalui kata-kata mahupun penulisan. Ntah. Saya rasa macam banyak sangat. Tapi nampak macam sikit. Ermmm...

Point pentingnya; 
Saya teringat waktu mula-mula saya jadi timbalan kem kom. Saya rasa kerdil sangat dan tak mampu buat apa-apa. Rasa diri ni tak buat apa-apa untuk adik-adik. Seriously, bila saya tengok fasi-fasi yang datang semua hebat-hebat, saya rasa macam "nak balik lah macam ni, aku tidak diperlukan lagi." Tapi, Allah hantar sahibah-sahibah untuk menguatkan saya yang lemah ketika itu. Dia mengatakan "Allah ada, Maryam. Allah ada." Di situ saya sedar bahawa HUBUNGAN DENGAN ALLAH itu sangat penting di saat kita rasa lemah. Rasa down. Yeah, bila saya selalu berkata-kata dengan hati saya, Allah ada. Saya jadi kuat. Kuat untuk terus berjuang meneruskan hari-hari bersama adik-adik JDK tersayang. Saya ini bukannya kuat sangat imannya. Ada kalanya saya rasa down. Ada kalanya saya gembira. Cuma sedih, nangis tu dalam bilik ja. Keluar bilik kena sentiasa ceria. heee...

NIAT di hati kena sentiasa diperbaharui. Hampir setiap malam, post mortem kitorang mesti ada yang mengingatkan tentang niat bekerja. Buat kerja kerana Allah. Niat mesti ikhlas kerana Allah Taala. Niat nak menjadi daie kepada adik-adik JDK. Nak tunjuk qudwah yang terbaik buat mereka. Ada satu malam, Bekas Kem Komanden JDK saya datang menjenguk kem plus bagi sedikit tazkirah. Saya rasa malu sebab saya rasa tak layak jadi timbalan kem kom kalau nak dibandingkan dengan Abang Wafi dan Kak Nawar Azizi dulu. Saya tak pernah nampak akhlak yang buruk dari mereka. Saya tak mampu jadi seperti mereka. Tapi, ini bukan bermakna JDK kali ni Kem Komnya tak baik. Kem Kom, Subhanallah disayangi adik-adik! 

Cuma satu. AKHLAK kena mantap. Baru boleh berentap. Berentap di medan dakwah. Adik-adik ni yang saya perasan, mereka sentiasa memerhati tingkah laku kakak-kakak, abang-abang fasi. Sampai kadang-kadang saya malu untuk terlalu excited. Korang tahukan saya ni macam mana?? Saya pun manusia biasa. Tapi, apa salahnya kita salurkan ke'excited'an kita tu ke arah yang lebih baik. Barulah adik-adik ni semangat. Semangat buat baik. Betul tak adik-adik JDK? Apa agaknya pandangan korang terhadap kakak-kakak Fasi?? Saya nak share satu kata-kata,

"Hendaklah engkau senantiasa bersikap tenang & terkesan serius. Namun, janganlah keseriusan itu menghalangmu dari canda yang benar, senyum dan tawa"

REHAT yang cukup. Kalau adik-adik tak nampak saya di dewan, maknanya saya tengah rehat dalam bilik la tu. Kerja Fasi ni berbeza dengan peserta. Itu mereka perlu faham. MakCik Thohiroh ada pesan, kalau penat rehat sekejap. Jangan kita nak pandangan manusia. Biarlah kita berehat untuk lebih bertenaga di masa hadapan. Cikgu Azmi juga pernah pesan, kalau mengantuk tidur sekejap dalam bilik. Jangan tidur depan adik-adik. Haaa...sampai begitu sekali. Jangan kita terlalu bersungguh di JDK, lepas tu dah tak ikut program lain. Nauzubillahiminzalik.

Kakak2 Fasi yg bnyk bagi kekuatan di minggu pertama

Ok cukup untuk itu. Jom kita sambung.

2 modul terakhir ni dikira kemuncak atau klimaks untuk JDK Utara. *bagisaya* Modul Kepimpinan Masyarakat



Dalam modul ni, menariknya adik-adik belajar tentang agama-agama lain. Misalnya, Hinduism, Christianity, Buddhism dan jugak fahaman masyarakat sekarang yang semakin menular. Contohnya, Pluralisme dan Hedonisme. Mereka juga belajar cara-cara berdakwah di kampus dan pelbagai lagi. Slot-slot ini semuanya disampaikan oleh ahli-ahli dari Kelab HaluanFitrah. Lepas habis slot bersama semua penceramah, mereka kena buat study case. Mereka perlu mempersembahkan study case diorang dalam bentuk lakonan atau sebagainya. 






Penceramah-penceramah yang datang pulak, bukan calang-calang orang. Hebat-hebat belaka. Inilah antara penceramah-penceramahnya. Sebenarnya ada lagi. Tapi tak sempat nak ambil gambar. hu3 

 Dr. Kursiah (Pakar Mata) 
 Ustaz Fakhruddin
Dr. Azian
Orang-orang kuat HaluanFitrah

Isi borang feedback

Adik-adik JDK apa kurangnya. Kalau bercakap, boleh ganti K Maryam jadi Tim Kem Kom. Kan?
Satu pagi ni, adik-adik lelaki kena denda baca mathurat dalam sungai tau. Allahu Akbar. Sejuk kot pagi-pagi kat Batu Ampar ni. Jeles jugak sebenarnya kami puteri ni. Nak try jugak pagi-pagi berendam dalam sungai. Tapi apakan daya, kami dapat main tepuk-tepuk je dalam dewan. 


Mathurat di sungai
bincang-bincang

 Pembentangan study case


Ya Rabbi, saya teringat sangat JDK saya dulu punya study case. Kumpulan saya dapat soalan tentang kepercayaan karut oleh orang Asli. Yang tak tahan tu, saya adalah orang asli tu. Tambah pulak Fathiyah (kakak Asyu) jadi pawang. Waduh. Lakonan dia tu buat Kem Kom kitorang gelak terduduk tau! Dahla gabung putera dan puteri. Astaghfirullah... Kumpulan Asiah dulu mesti ingat lagi kan??


ok
Highlight untuk modul ni semestinya bab Pengurusan Jenazah. Nusaibah volunteer nak jadi jenazah. Kononlah baru sihat time ni. Alhamdulillah Mk Ck Yong ada bawa seorang Mk Ck yang memang arif bab pengurusan jenazah untuk ajar adik-adik JDK cara mengurus jenazah perempuan. Semangat diorang ni nak belajar. Tapi, diorang ni belajar mandi jenazah secara teori je sebab tak cukup masa. Mengimbas kembali kenangan JDK dulu. 'Isyatin jadi jenazah. Dia menangis bila dia siap dikafankan. Katanya dia terasa dengan saat-saat kematian. Kitorang semua nangis time tu. T-T Insaf.


Mengkafankan jenazah
buat2 sedih

Jenazah lelaki pula, Ibnu Hanisah. Saya tak ingat nama penuh dia. Bagi cara pengebumian, Ustaz tunjuk bagi jenazah lelaki sahaja.. Memandangkan kerja ni kerja orang lelaki kan?

Adik-adik syabab bersama jenazah

  adik-adik nisa' bersama jenazah

Adik-adik JDK jugak ada Tahsin Al-Fatihah. Tahsin Al-Fatihah ni lebih kurang belajar cara baca Al-Fatihah dengan betul. Belajar cara baca dengan makhraj yang sempurna. Penting tau cara baca yang betul sebab Al-Fatihah ni salah satu rukun solat. Kalau salah baca? Tak sah solat kita. Guane tue? Jadi, sama-samalah kita perbaiki bacaan Al-Fatihah kita yek! Untungla adik-adik Puteri diajar oleh Guru Besar Sekolah Toyyibah dan Pengetua MASDAR. MasyaAllah. Tapi Putera apa kurangnya, abang kepada Ustaz Muhtad dan abang-abang Fasi yang sedap-sedap suaranya yang ajar. Kan? Apa yang saya belajar, kalau kita nak baca dengan makhraj yang betul, kita perlu banyak senyum. Dan mulut ni kalau tak herot ke tepi, ke depan maka salahlah makhraj dia. Tu yang kalau siapa banyak baca Al-Quran, awet muda. 

 Ustaz Muhtad
Ustaz Al-Hami
 Ustaz Hadi dan Ustaz Faisal

Mereka juga diajar oleh Ustaz Al-Hami cara berkhutbah dan cara ceramah/pidato. Adik-adik lelaki ni berpeluanglah nak berkhutbah kan. Cuba tengok adik-adik ni. Kreatif.

 wakil nisa' berceramah


wakil syabab menjadi khatib

Banyaknya saya nak cerita sebenarnya. Minggu ni Allah bagi banyak ujian buat saya. Ujian untuk uji saya setakat mana saya ingat pada Allah SWT. Ujian adik-adik puteri yang sakit. Kelam kabut juga dibuatnya. Segala penyakit timbul. Allah nak uji sungguh. Tapi Alhamdulillah, akhirnya semua ok ok je. 

Yang bestnya lagi kat JDK Utagha ni, time JDK je mesti musim buah! Sama jugak time kitorang dulu. Siap berkelah makan rambutan atas batu kat sungai lagi. Kali ni Pesta Buah Durian! Banyak sungguh. Lama dah duk kempunan durian nih. Bila dah banyak sangat, tak larat dah nak makan. Adik-adik Puteri suka benar dengan duriannn. Pantang jumpa buah durian. Mesti suruh kopek.


habis licin

Haaa....lupa nak bagitahu satu perkara. Abang Kem Kom Azri diorang ni balik sekejap. Dan diganti sekejap oleh Abang Suhaib dan Arif. Nampakla perubahan adik-adik hasil ketegasan Abang Suhaib yang bersuara Ustaz Mahathir. Cer tengok... 


Lawa kan depa susun kasut?

Pada suatu malam....malam 31hb Disember 2013.... jeng3x
Fasilitator + urusetia + pakcik makcik ada buat surprise untuk Birthday Girls And Boys! Watak Utama malam tu adalah Kem Komanden dan adik-adik yang Birthday bulan 12 la. Berlakon gaduh sampai saya pun hampir terlupa semua tu lakonan semata. Real. Adik-adik ni siap menangis2 lagi. Siap ada 'CCTV' lagi rakam kejadian malam tu. Memang cool sangat. Memang mantaplah lakonan tu. Happy Birthday adik-adik! 


Dalam bekerja, kita kena ada kesefahaman. Kena jadi daie yang faham cara bekerja dengan baik dan betul. Salah faham, lemah dan kurang tu kena sama-sama perbaiki. Takmil wa istikmal. Lengkap melengkapi. Betul tak? Cuma nak bagitau, kami pun dapat hadiah jugak tau. >__<


Cukup untuk itu. JOM kita ke Modul Khidmat Masyarakat! Bila dah ada ciri-ciri kepimpinan masyarakat baru boleh turun ke masyarakat kan. Satu saya belajar dari modul ni, peserta boleh belajar bagaimana kita nak menjadi daie pada masyarakat. Nak ajak mereka pada Islam. Ajak kepada Islam ni tak semestinya dengan ceramah kan? Macam-macam boleh kita buat. Contohnya macam yang adik-adik buat sepanjang modul ni lah. Gotong-royong, ziarah rumah orang tua-tua dan bagi bantuan makanan. Sedikit sebanyak adik-adik ni dapatlah belajar cara nak turun pada masyarakat dan bersembang dengan masyarakat. Nanti tak adalah kekok nak bersama mereka bila di luar sana nanti.



Bagi saya, Khidmat Masyarakat paling best sebab boleh naik Lori!! Apa? Lori Coaster?! pun boleh~
Nampak tak semangat di situ
Adik-adik puteri pun semangat jugak

Gotong-royong seperti biasa di Kampung Paya Lintah! Kampung ini rasanya dah tahun yang ke-4 mereka jadi tuan rumah termasuk tahun ini. Haaa...Alhamdulillah orang Kampung Paya Lintah ni baik-baik belaka. Moga Allah sayang mereka. Gotong-royong ni terbahagi kepada 3 tempat. *kalauxsilap. Di Dewan Masyarakat, Surau, dan sekolah agama rakyat. Adik-adik peserta ni kena kemas dewan, cat, bersihkan surau, vacuum, mesin rumput, sapu sampah dan macam-macam lagi lah. Saya ada dengar seorang makcik ni cakap, "Deme, budak-budak lelaki cabut tingkap-tingkap surau tu sebab nak cuci punye pasal." Tengok. Punya la semangat nak bersihkan... 

Gotong-royong di dewan
di surau (tengok cermin2 yg dicabut)

Hari seterusnya, peserta JDK dibahagikan kepada 2 program. Puteri ni bersama Haluanita dan Putera pulak bersama Kelab Belia Haluan Ipoh aka KBHI. Macam-macam adik-adik ni buat. Antaranya aktiviti Sammil Khiyat (Menjahit) dan Seindah Mawar Berduri. Seindah Mawar Berduri ni untuk adik-adik perempuan khususnya. Diorang buat Fashion Show! He3 Tak sangka diorang ni pandai bergaya sebenarnya. Tapi apa yang saya nampak, matlamat Haluanita buat Seindah Mawar Berduri ni, nak bagi kita nampak bagaimana cara pemakaian yang Islam anjurkan kepada Mawar-mawar sekalian. Nama slot itu sendiri menunjukkan betapa Indahnya kita sebagai Mawar yang Berduri. Berduri kerana nak pertahankan maruah yang berharga ini. Ada satu kata-kata yang sampai sekarang saya tak dapat lupakan. Saya petik ayat-ayat daripada puisi yang MakCik Aisyah kongsikan hari tu. Puisi tu panjang, yang ni ja yang saya ingat.

Tajuknya: Syukur Aku Tidak Cantik

"Syukur aku tidak cantik. Aku mudah untuk menjaga hatiku.
Syukur aku tidak cantik. Aku mudah terhindar daripada lelaki yang tidak ikhlas berurusan denganku."

Tak kisahla kita ni cantik atau tidak. Yang penting hati kita cantik. terpelihara dari dosa.

Seindah Mawar Berduri

Adik-adik ni belajar asas-asas jahitan. Ada jugak yang kekok nak masukkan jarum. Subhanallah. Penat jugak nak mengajarnya.


tekun2

Bagi peserta lelaki, mereka belajar memanah, menyumpit, lastik, dan menembak. Adik laki saya yang sorang tu mesti suka sangatlah kalau tembak-tembak ni. Bagus sangat budak-budak lelaki belajar semua-semua ni. Memandangkan semua ni kan sunnah Rasulullah SAW. Pakej sunnah Rasulullah SAW tak cukup di Batu Ampar sebab tak ada menunggang kuda. Tak apa, kita cadangkan untuk JDK tahun depan pulak.  
 Jihad fi sabilillah!

Tiba masanya adik-adik JDK MEMASAK! Tak kira lelaki ke perempuan ke semua kena masak. Termasuk kami kakak Fasi pun kena masak. Haaa... Pengalaman masak mee goreng. Rupanya adik-adik Putera masak sedaapp! Kumpulan apa ya? Kumpulan One Peace punya kalau tak silap. Makcik-Makcik pun puji. Kira hebatla kan...Adik-adik puteri masak pun sedap jugak. Cuma pedas sangat. Tak pa2, balik rumah ni, cuti ni belajar masak betul-betul. Nak kahwin kan??
kacau-kacau
 semangat~
wow! dah siap!

kakak-kakak 20-an yg masak ~__<

Malam ke-2 terakhir kami di Batu Ampar dihangatkan dengan Debat Ala Parlimen antara Nisa' dan Syabab. MasyaAllah! Hebat-hebat belaka diorang ni. Dengan usul yang diberi oleh kerajaan, 'Ibu Bapa penentu pembentukan disiplin remaja'. Syabab kerajaan manakala Nisa' pembangkang. Memang panass...Saya ada rakam sedikit part Pendebat terbaik memberi hujah. Meremang bulu roma dengar dia berhujah. Memang terbaik lah! Nur Amirah Binti Hazalan Hafizz namanya. Terketar pihak lawan bila dia berhujah. Saya tak Racist, cuma kagum. Hmm...U__U


Pendebat Terbaik

Malam tu kami makan BBQ! Maaflah fasi perempuan tak membantu langsung. 



Terima kasih sebab masak untuk kami!

Disebabkan makan petang diganti dengan BBQ yang agak lewat, Lewat sangat. mee goreng yang dimasak petang tadi semuanya habis. Kesian jugak adik-adik tu sampai sakit perut sebab makan lambat sangat. Yang tak sangka tu mee goreng kami yang 'tak sedap' tu habis jugak akhirnya. Ke dah buang? k abaikan.

Esoknya tu, AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) datang untuk taklimat Anti Dadah. JPAM pula datang untuk cerita pasal ULAR. Seronoknya slot dengan JPAM ni sebab mereka bawa ular sawa 2 ekor! Besar! Subhanallah! Pernah pegang?? Kami berpeluang pegang ular. JDK lain ada?? k tak baik...


Itu dia modul terakhir JDK Utara! Modul Khidmat Masyarakat yang sangat berharga buat diri saya mahupun adik-adik peserta. Macam-macam kan kita belajar? Moga penat lelah kita amalan kita semua sepanjang minggu dikira di sisi Allah. Ameen~ Tak tertulis semuanya di sini betapa besarnya nikmat yang Allah beri sepanjang kem ni. Allah sahaja yang tahu.


"Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat"- Asshura: 20

p/s: Nantikan Ceritera Siri Akhir pulak ya...

WASSALAM

2 comments:

Fiqri Omar said...

Terbaek kak maryam

Azekzk said...

Semoga terus istiqomah dengan program2 sebegini.