Saturday, August 27, 2011

Ramadhan kali ini...


Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah bertungkus-lumus berdoa untuk sampai bulan Ramadhan, akhirnya dapat juga saya melaluinya dengan selamat. Tup-tup dah nak habis da
bulan Ramadhan! Ya Allah, masa ini berlalu dengan pantas sekali. Tidak sempat aku memotongnya, dia telah memotong diriku! Rasulullah SAW dan para sahabat

begitu sedih sekali dengan pemergian Bulan Barakah ini. Tetapi malangnya
masyarakat kita di Malaysia tidak dapat menghayati erti sebenar bulan
Ramadhan yang penuh dengan keampunan Allah ini. (lagu-lagu raya sakan
didendangkan di kedai-kedai, tv, etc2..)

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana diberi peluang untuk mendapat 10 malam terakhir. 10 malam yang terdapatnya Lailatul Qadr. Saya amat berharap saya mendapatnya pada tahun ini. Saya sangat berharap!! Ya Allah! Gimme Lailatul Qadr...


17 Ramadhan 1432 + 17 Ogos 2011 = 17 tahun


Alhamdulillah!! Saya amat bersyukur kerana birthday saya jatuh pada bulan Ramadhan!! Kebetulan 17 Ramadhan adalah Hari Nuzul Al-Quran.. jadi saya merasakan bahawa Ramadhan kali ini banyak memberikan 'hadiah' buat saya.
(bangga-bangga)

Thanks to all my friends who are celebrating my birthday... they'd gave a lot of
presents for me.. Saya terlalu jahat untuk menerima hadiah-hadiah itu..*terharu..
Kejut saya tengah-tengah malam bagi hadiah, memang kerja diorang! ha3
(almost bithday semua orang diorang buat macam tu) Sejujurnya, saya
sebenarnya materialistik jugak. Saya tidak mengharap semua itu, yang penting kita punya 'attitude' menjadi lebih matang. Dan menjadi solehah sebagai matlamat bila dah sampai remaja macam ni. Eceh..

Terima kasih kepada Halaqah Quran 2011 yang 'terchenta'. Ingat juga korang
dekat ana.. Cantik 'names-chain' tu.. (ha3 tak tau nak bubuh nama apa)
Terima kasih juga buat yang lain, bukan tak menghargai, tapi InsyaAllah saya
selalu mendoakan kamu semua agar hidayah Allah tumbuh di dalam hati kita
semua + berjaya dalam SPM. Ameen~

saya letakkan di beg jalan-jalan

21 Ramadhan 1432 + 21 Ogos 2011 = 20 tahun


Tak sempat k/Jannah nak kahwin..hu3

Kalau Arwah Kak Jannah masih hidup, umurnya sudah 20 TAHUN! Sanah Helwah ya Ukhti! Saya teringat lagi waktu dulu-dulu, birthday saya selalu di'delay'kan untuk tunggu birthday Kak Jannah. Saya suka! Bila kawan-kawan Arwah Kak Jannah datang Matri, saya mesti teringatkan Kak Jannah... Semoga dia tenang di
sana...

Pelbagai pembaharuan yang berlaku dalam bulan Ramadhan 2011 di Matri. Bukan apa sangat pun, tapi saya merasai perubahan itu. ha3. Ok,

1st : Iftar kali ini menunjukkan 'wajah baru'. Dengan tema 'Menundukkan pandangan @ Bulan Ramadhan' *tema yg direka oleh saya. Iftar tahun ini ASING. Puteri di padang hoki dan putera di dataran Matri. Alhamdulillah lebih bai
k daripada yang dulu...

Berbuka di padang hoki

2nd: Sahur di Matri sangat sedap! Selalu ada papa-dom! Ayam! Daging! Kadang-kadang ikan.........BEST-BESTlah!

3rd: Kak Lang + Ustazah Khairul Badriah aka para warden + family berbuka bersama pelajar. Sebenarnya bukanlah 'bersama-sama'. Tapi ADA la
bersama...he3

4th: Matri cuti awal sangat! 24 Ogos dah boleh BALIK! Tak perlulah saya
bersesakan di stesyen bas, mencari di mana seat kosong!

5th: Sebelum terlupa, Matri didatangi Imam dari Palestin iaitu Syeikh Ahmad.. Awal Ramadhan, beliau menjadi imam di Musolla Matri!

6th: Suasana Matri agak bising kebelakangan ini..Matri akan ada BANGUNAN BARU! * Matri is under constuction.


Ramadhan kali ini MUNGKIN Ramadhan terakhir di Matri. Kenapa MUNGKIN? Kot-kotla lepas ni datang Matri lagi kan? ha3 Jadi saya mengaharapkan suasana
puasa di Matri tidak dapat dilupakan oleh semua CALON SPM 2011 ni!

"Bukan senang nak dapat suasana puasa bulan Ramadhan macam kat Matri nih!" Bak kata Kak Amirah Lutfi.. saya amat bersyukurlah berada di Matri ni!

Berdiskusi tentang 10 Muwasafat Tarbiyah bersama Cikgu Azmi. Saya sudah
men'download' 10 Muwasafat Tarbiyah dalam bentuk audio oleh Cikgu Azmi.
Migraine yang dihadapi oleh saya agak teruk, jadi saya ke klinik dan terlepas
beberapa minit dalam diskusi tu. hu3 Migraine teruk lepas makan MEE
SEDAAP bersama 'Amirah K. Hu3 Mira, saya allergic MSG. Jangan ajak makan lagi ya!

HQ bersama Sir Nassir yang tak sempat nak menghabiskan pun best!
Alhamdulillah..

Bulan Ramadhan kali ini juga, rumah saya didatangi TETAMU KHAS! Namanya SHEIKH HASSAN MAHMUD AL-BACOOR. Keturunan Palestin yang menetap di Syria. Ibu bapanya pelarian Palestin. Haluan telah berjaya membawanya ke Baling! Datang berbuka puasa di rumah! Saya sempat menjadi makmumnya dalam solat
terawih di Masjid Baling. Subhanallah! Suaranya sungguh sedap! Beliau memberi sedikit tazkirah.
Pak Cik Basri (HALUAN) memberi sedikit penerangan tentang Syeikh Hassan


Translator: Pengetua Maktab Mahmud

Hadirin yg ramai (khusyuk)


Starting aka Muqaddimah

Syeikh Hassan menceritakan keadaan Palestin

Beramah mesra dengan 'Maher Zain'

Berbuka bersama di rumah saya

Syeikh Hassan makan roti saja..

Hikmat bersama Syeikh Hassan Mahmud Al-Bacoor

Hikmat, sepupu saya, datang ke rumah. Jauh-jauh datang nak belajar Fizik bersama Cikgu Kamaliah selama seminggu saya kira...eceh. Hikmat ditarik menjadi translator waktu Syeikh Hassan bagi ceramah di Masjid Charok Bemban. Kata seorang Ustaz (seorang pakar Bahasa Arab) yang mendengar terjemahan dari Hikmat, beliau memberi markah 99% !! (Hebatnya Bahasa Arab dia!)* wujud unsur ke'jealous'an memandangkan diri ini lemah berbahasa Arab. hu3 Semoga seminggu itu berhasil... Fizik A+ InsyaAllah..

Akhir sekali, saya berharap Ramadhan kali ini berhasil dan lebih baik daripada sebelum ini. Saya berdoa agar saya mendapat RAHMAT ALLAH, mendapat KEAMPUNAN ALLAH, dapat JAUH DARI AZAB API NERAKA. Ameen~

WASSALAM









4 comments:

Nissa' Karimah Binti Wahid said...

maryam sanah helwa and gambate tuk SPM. nnti ajar-ajarkanlh areej apa yg patut .he3

perfect's prop said...

Terima Kasih! Ingat jugak kat Mayam! he3..
InsyaAllah...duk tolong sikit2 ja...hu3..doakanlah kitorang!! Bagi dapat 11A+...Ameen~

hood@sunny said...

haha mmg adik beradik allergic :P

Baguih jugak x leh mkn MSG.. bukan baguih pon~

Shiddi hilik!

Mayam pon boleh cayaq BA tu...

Aja-aja 11 A+!!!!

Silent doa s from west Nile Delta,
Luv ya miss ya!

Your sistah ^___^V

perfect's prop said...

huhu..
tu ar baguih jugak laa allergic MSG..

doakanlaa mayam!! HAri raya ini mendesak untuk mayam lebig 'berhari raya' drpd 'study'....

Aja-aja!!

Need u're pray!!!!!!