Wednesday, June 16, 2010

Kak Jannahku Sayang

Nuruljannah..

Anak yang ketiga dalam 5 adik-beradik. Saya diberi amaran untuk memanggilnya Kak Jannah sebagai menghormatinya sebagai kakak. “ Kalau tak panggil kak Jannah, sepak muka”. Hehehe.. sampai begitu sekali! Tapi saya tidak menyimpannya di dalam hati .Sehingga hayatnya yang terakhir saya tetap memanggilnya kak Jannah. Sampai terpanggil ‘Keknah’ hik3. She didn’t mine it.


Arwah Keknah seorang yang paling banyak sijilnya di rumah. Kalah kakak-kakaknya + adik-adiknya. Beliau seorang yang berani, pandai bercakap, suka akan cabaran, ego dan macam-macam lagi. Public speaking adalah kegemarannya. Sanggup menerima cabaran PLKN OOOO… Dia pernah meminta tandatangan ayah sebagai persetujuannya untuk menjalani latihan menembak menggunakan M-16!! Arwah Keknah berkawan dengan semua orang di sana, tak kiralah India , Cina, Siam. Sehinggakan mereka memanggil Keknah ‘ISLAMIC GIRL’. Mengapa?? Perempuan Melayu lain bukan Islam ke? Subhanallah! Allah memberi kelebihan kepadanya untuk menunjukkan Islam untuk orang lain kan? Arwah Kak Jannah ada berkata kepada ayah bahawa perlunya seseorang seperti anak cikgu Saadan pergi ke PLKN untuk bawa orang-orang di sana kepada Islam yang sebenar.


Arwah Kak Jannah memang teringin sangat nak pergi Ireland untuk menyambung pelajarannya dalam bidang Medic dan sedang menjalani persediaannya di Kolej Mara Banting (KMB)cuti 2 minggu ini, tamatlah tahun pertamanya di KMB untuk mendapat placement university. Dengan bekalan 11 A dalam SPM, tercapai sudah stage yang pertama untuk ke Ireland. Arwah Kak Jannah memang berhasrat sangat untuk ke sana. Setiap kali saya bejumpa dengannya, dia akan Tanya, “Mayam, suka tak kalau keknah dapat pergi Ireland?”…”Mayam, doakan Keknah nak pergi Ireland eh?”…terngiang-ngiang ayat tersebut ditelinga. Sayu bila terkenangnya..MEMANG DIA NAK PERGI SANGAT! Hasratnya itu memang ditanam sejak kecil lagi dan menyebabkan saya begitu jeles dengan Keknah. Harapannya juga setelah habis belajar di Ireland, dia nak melancong ke Korea bersama kawan-kawannya. Cadangannya itu tidak disetujui oleh ummi. Ummi kata ‘Baik Jannah pergi Mekkah bawak ummi’. Tapi dibalasnya, ‘Jannah nak pergi Mekkah dengan suami. Ntah-ntah tak sempat.’ Hmm..begitulah.. “kita merancang, Allah yang menentukannya”. Rasanya dia pernah buat satu essay BI cerita tentang dia nak pergi Korea kot dengan kawan-kawan dia (betul ke?). Betapa dia berangan nak pergi sana.kui3


Bersama bestfriend

Kak Jannah paling suka bergaduh dengan Muhd Nuruddin (ma youngest brother). Kalau balik rumah ada ja yang nak digaduhkan. Asalnya perkara kecil tapi dibesar-besarkan.hik3 begitulah kami adik-beradik. Tapi bak kata pepatah ‘air yang dicincang tak akan putus’ kan?? Kalau kami bertiga di rumah, kami akan bahagi tugas masing-masing. Kak Jannah basuh pinggan dan saya akan menyusunnya, saya sidai kain dan adik saya akan mengangkatnya dan Kak Jannah akan melipatnya. Kenangan ini akan saya simpan dalam hati untuk selamanya. Bagi yang masih ada adik-beradik yang masih sempurna, sayangilah ahli keluarga anda sebelum mereka balik bertemuNya. I LOVE U, MA SIS!


Kak Jannah waktu di MATRI, dia ialah seorang pengawas dan menyandang jawatan sebagai seorang ketua Biro Disiplin. Begitu tegas dalam melaksanakan tugasnya. Dia pernah menjadi ketua paras 4. WAH! Bisingnya sehingga dengar suaranya di paras 1. Suruh susun kasut rupanya.. tak percaya?? Tanya lah kawan-kawannya. 4th level always get 1st place!! Waktu ber shopping dengannya(dulu), dia beli banyak kasut tandas yang biji-biji tu. Ingatkan nak buat apa, rupanya untuk tandas parasnya. Tapi entah pergi mana kasut-kasut tu sekarang.hik3.. SAYA SAYANG DIA!


Di ‘eye on Malaysia’


Bersama K Aimi di LRT (br blik KLIBF)

Kak Jannah ada adik angkat…hahaha terbongkar sudaahh. Namanya………Arwah Kak Jannah call her Mk ck B jerr..saya amat jeles dengan Mk ck B (terus terang) Tapi sejak dia duduk KMB, Arwah Kak Jannah baik sangat dengan saya. Saya amat seronok!! (kekurangan kasih sayang) Saya mintak belikan penanda buku, dia belikan. Saya nak wyteboard marker kepunyaan dia, dia bagi…….terharu saya dibuatnya. Dia pernah Tanya,

Keknah : Mayam nak tak laptop Dell ni?

Saya : Eh, mestilah! Itupun kalau Keknah bagilaa.

Keknah : Keknah boleh bagi, tapi tunggu keknah pergi Ireland dulu ekk?

Saya : Hmmm..OK! tak perk.

Allah lebih menyayangi Kak Jannah daripada laptop tersebut..Allah sayang dia…Allah sayang dia…


Sangat suka bola jaring

Arwah Kak Jannah adalah seorang yang sangat active dan sangat happy-go lucky dalam keluarga dan kawan-kawan. Dia pandai main bola jaring. Saya sangat jealous dengan dia. Dalam banyak-banyak adik-beradik kami, suara dia paling nyaring sekali. Kalau telefon dia, kuat betul dia cakap. Hik3 kelakar bila teringat balik. Kalau bercakap mesti bersemangat! Kawan-kawan dia cakap, Arwah Kak Jannah adalah ‘penceria kelas’. Dalam buat apa-apa kerja, Kak Jannah selalu bersemangat walaupun kerja tu kecil. Ada sekali tu, Kak Jannah cerita, dia dipanggil ‘ustazah’ di PLKN. Sebab apa? Sebab Kak Jannah rajin menampal artikel-artikel Islamic di surau PLKN tu…itupun sudah dipanggil ustazah. Hidupnya dipenuhi dengan pelbagai amalan yang baik. Alhamdulillah semoga amalan-amalan itu diredhai oleh Allah dan semoga pahala sentiasa mengiringi Arwah Kak Jannah. Saya memohon ampun atas segala kesalahan yang pernah saya lakukan kepadanya hingga mengguris hatinya. MINTA MAAF KAK JANNAH!!

KAK JANNAH, I LOVE YOU ALWAYS. UNTIL DEATH!

Bersambung~

6 comments:

hood@sunny said...

sekarang bila keknah xde, korang la yg kene basuh pinggan dan korang lah yg kene sidai kaiiiiin. dah2

cepaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat gi sidai kain nuuuuh!

perfect's prop said...

a'aa... huhuhuhu
semoga ditempatkn di SYURGA
sayang keknah!!

Shimah said...

hehehe..INsyaAllah...Keknahmu sentiasa mengingatimu..walau jauh di mata dekat d hati

perfect's prop said...

i-A
ya Allah ampunkan dosa keknah!

hood@sunny said...

K uda mimpi kakenah.

Dia dtg kat k uda, dia x seronok, katanya x larat tunggu...

pastu ada satu masa tu k uda ngn kuna jalan sekali, dia duduk jauh.. dekat mcm batas bendang.. hijaaaau sgt..

Dia lambai2 dan gamit k uda n k una.. tp km x pegi sana T-T

then k uda terjaga n nangis T-T
rindu ini pedih sekali~!!

perfect's prop said...

semoga kita dapat berjumpa dgn dia di syurga nanti!!
waaaa...
sedeynye mayam x mimpi dia lagi.
mungkin korang rindu sgt kot..
smg ditemptkn bersm para solihin n para shuhada'.
A~min