Tuesday, February 26, 2013

2 Bulan yang bermakna

Assalamualaikum

Untuk kesekian kalinya, saya menggerakkan semula jari-jemari untuk meneruskan 'perjuangan' mengupdate blog saya. Baiklah, sepanjang dua bulan ini, banyak perkara yang telah saya lalui, banyak yang saya hadapi dan banyak perkara yang sukar untuk saya lupakan. 2 bulan? Apa yang sangat memorable sangat kalau nak dibandingkan dengan setahun lamanya?

Kata Imam Ghazali, perkara yang paling jauh adalah masa yang telah ditinggalkan. Sangat jauh apabila kita mahu mengambilnya, sangat jauh bila kita hendak menghampirinya. Ya! memang sangat jauh. Jadi, setiap masa kita sebenarnya perlu dibelanjakan pada perkara-perkara yang bermanfaat kan?

Kehidupan saya di CFS IIUM ini Alhamdulillah berjalan dengan baik. Dengan ahli bilik yang sama, yang ceria selalu. he3 Roomate saya tahun ini telah banyak melakukan anjakan paradigma *eceh. Semester ini, kami lebih banyak bergerak berbanding semester lalu, memandangkan UIA buat macam-macam program. Tambahan, semangat tahun yang baru. Kali ni, kami banyak meluangkan masa bersama bila exercise. Shahirah, Faam dan Piya. Sangat ceria mereka-mereka ini. Kalau main, semangat betul. Tak sah kalau tak basah satu baju, sebab terlalu active waktu main. Main Badminton telah menjadi agenda kami sebilik. he3


                                               Roomate saya yang sangat happening

24 Januari
Saya dan Fariha ke KOPLIT Kajang. Menghadiri TOT untuk Pewaris 8. Bahagia bila jumpa sahibah-sahibah Khassah. Lama sangat tak berjumpa. Alhamdulillah dapat juga bertemu walaupun sekerat hari.

Pewaris 8
Bergerak ke Kelantan.Menjejakkan kaki buat kali ke-2 ke Kelantan. Macam-macam cabaran nak ke sana. Memandangkan Hari Raya Cina. Tiket, punca masalah. Alhamdulillah, kalau kita tolong agama Allah, Allah akan bantu kita kan? Dapat jugak tiket pergi dan balik. Dapat pun satu masalah jugak.hu3

Pengalaman naik bas ke Kota Bharu dengan Sharifah Najihah. Tak boleh lupa! Jiha...Jiha.... Ingatkan dah sampai, siap bawak turun beg bagai. Tapi, tengok penimpang lain, kenapa semua senyap ja? Jiha, dengan semangat bawak turun beg ,tanya-tanya, kat mana ni? Kat Gua Musang! Alamak! malunya! Serius! sangat malu waktu itu. Hanya Allah yang tahu. But we just pretend that nothing happen. Allah... jadi kami buat-buat turun beli makanan. Bagus tak? ha3 *gelak

Pewaris kali ni buat kali pertama buat di Kelantan. D' Chalet Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Pewaris 8 banyak memberi memori-memori yang sangat sukar untuk dilupakan. Cikgu-cikgu dan pakcik makcik yang banyak bagi input kepada saya. Berjumpa adik-adik MATRI, SMAKL, SMIK, IBRAH dan lain2. Ahhh...saya rindu mereka. Jumpa adik teruna aku sorang tu kat sana. Rindu pulak kat dia.






Pada waktu yang sama, Umi dan Ayah ke Mesir. Pergi dalam seminggu. Melawat kakak-kakakku di sana. Nak Graduate.
Alhamdulillah Maddin (adik) dapat masuk Pewaris kali ni. Kalau tak, dudukla di asrama.



Kakakku, Nurulhusna dan Nurulhuda telah menamatkan degree mereka di Tanta University, Egypt dengan jayanya. Alhamdulillah. Saya turut bergembira di Malaysia. Hati di sana, cuma jasad di sini. Moga korang balik ke tanah air bersama misi untuk Islam.


Kakak saya: Kiri sekali dan yang 4 dari kiri

MidValley
Jumpa 'Amirah dan Hazirah dari UPM. Aahh...saya sangat rindu mereka. Entah macam mana, Allah izin terasa nak jumpa sangat, jadi terus plan nak pergi Mid. Makan sama-sama kat Chicken Rice Shop sebab nak makan nasi jugak. Masa sangat jealous dengan kitorang. Jumpa sekejap sangat. Sorry Mira, x sempat nak makan ice cream dengan u.



23-24 Februari
Hadir ke Daurah HALUANSiswa Wilayah Tengah. Pengisian untuk diri. Persediaan menghadapi masyarakat di IPT masing-masing. Satu amanah yang berat juga. Nak bawa manusia kepada Allah sungguh payah. Itulah pentingnya bekerja dalam jemaah. Susah sama-sama, senang pun sama-sama.

Jumpa dengan kakak-kakak senior yang hebat-hebat belaka. Kami yang junior, bakal penyambung tugas mereka. yaahh!





26 Februari
Kak Una dan Kak Uda balik Malaysia. Alhamdulillah. Habis jugak diorang. Rasanya dah 2 tahun tak jumpa! Tak sabar nak balik rumah....Rindu yang teramat. Umi dan ayah buat kenduri kesyukuran esok. Jadi, saya kena balik jugak by hook or by crook.

I will going home tomorrow. This blog will be left for a few days maybe.

Wassalam.

No comments: