Saturday, June 19, 2010

Kak Jannahku Sayang 2

Tanggal 3 Jun 2010, sedang saya bermesyuarat (selepas azan Isyak), Ust. Mahathir datang memberitahu Nuruljannah Binti Ahmad Sani, kakakku yang tercinta telah meninggal dalam kemalangan di LANGKAWI. Terasa lemah seluruh badan mendengar berita yang amat mengejutkan itu. Innalillahiwainnailaihiraaji’un..Kak Jannahku sayang sudah kembali bertemu dengan Al-Khaliq, bertemu Penciptanya yang Maha Berkuasa, bertemu dengan Rabbal Alamin. Alhamdulillah Kak Jannah meninggal pada malam Jumaat, malam yang mulia. Semoga dilimpahi rahmat dari-Nya.

“ Setiap insan akan menghadapi maut”

Ayat tersebut diulang tiga kali sewaktu talkin dibacakan di perkuburan Arwah Kak Jannah. Ayat yang terpaksa ku galas di atas bahu. Terasa berat sangat. Sebelum ini, saya hanya memandang remeh terhadapnya. Tetapi perkara itu berlaku di depan mata saya sendiri! Kakak yang saya kasihi, cintai selama ini telah dijemput Allah SWT. Kak Jannah hidup bersama saya selama 16 tahun telah memberi kenangan yang tidak ternilai buat saya. Tiada pengganti lain buatnya yang telah tiada. Alhamdulillah saya masih mempunyai 2 orang kakak yang akan sentiasa mendorong saya. Nurulhusna dan Nurulhuda atau dipanggil honorable advisers oleh Arwah Kak Jannah. Seorang hilang datang 12 orang datang menjadi ‘anak angkat’ ummi. Pada hari Jumaat, 4hb, mereka datang beramai-ramai ke rumah saya. Buat kali pertama kawan-kawan KMB Kak Jannah datang rumah. Mereka menceritakan segala-galanya kepada kami (keluarga+tetamu). Terketar-ketar seorang kawan Kak Jannah menceritakan kemalangan tu. Menangis-nangis mereka.


Bersama M09Bbians


Di rumah Anak-anak Yatim Langkawi

Allahyarhamhuma Kak Jannah bersama 13 orang rakannya sedang melakukan CAS ( saya x tahu maksud sebenar ) tetapi lebih kurang Community service begitula di rumah Anak Yatim Pulau Langkawi. Sebenarnya sebelum pergi Kak Jannah bertanya kepada ummi dengan bersungguh “Ummi betul ke ni, bagi Jannah pergi Langkawi ni?” Ummi yang merasakan itu satu amalan yang baik, ummi membenarkannya sahaja. Salah seorang rakannya berkata, Arwah Kak Jannah ada berkata, sekiranya ummi tak bagi pergi, dia x akan pergi. Saya tahu Kakak saya seorang ni bukan jenis yang suka keluar rumah. Jadi, dia pergi Langkawi setelah dibenarkan ummi. Saya tak mampu mencoretkan banyak-banyak. Terlalu menyedihkan hati. Saya lampirkan rentetan peristiwa yang menimpa Arwah Kak Jannah pada 3hb Jun 2010.

( Ini ditulis rakan sekelas Arwah Kak Jannah yang ikut sekali ke Langkawi )



Rentetan peristiwa yang menimpa arwah nuruljannah binti ahmad sani.

6.00 petang

· Kami tiba di pusat Go Kart di airport padang matsirat.

· Kemudian kami ke pejabat pendaftaran dan dilayan oleh seorang wanita di kaunter dalam lingkungan awal 30-an dan bertudung.

· kami bertanyakan harga dan berunding.

· Disebabkan jumlah kami yang ramai [12 orang ] kami diberi diskaun 10% (daripada rm37 kepada rm33 seorang).

· Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama [akmal, syahin, fadhli, fatin, aishah, sharifah hazirah] kumpulan kedua [ azri, aimi, azrina, farah, Fatimah, JANNAH].

6.30 petang

· Kumpulan kedua dipanggil untuk bersiap sedia.

· Kami diberi briefing secara RINGKAS oleh pihak Go Kart seperti masukkan tudung di bahagian belakang ke dalam baju, pedal minyak di sebelah kanan, pedal brek di sebelah kiri.

· Aimi telah membantu jannah untuk memasukkan tudungnya di bahagian ke dalam baju.

6.40 petang

· Hampir 3 pusingan Janah membawa kereta Go Kart, seorang pelancong warga german yan g sedang menunggu di ‘pit stop’ mendapati Jannah sedang menghadapi kesulitan di dalam litar.

· Jannah menggagahkan dirinya untuk memandu ke pit stop dalam keadaan tudungnya tertanggal.

· Mekanik Go Kart tersebut memanggil-manggil kami [ kumpulan pertama] yang sedang duduk di tempat menonton.

· Aishah bergegas dan berlari mendapatkan jannah.

· Aishah dan fatin membantu mengangkat Jannah daripada tempat duduk kereta Go Kart. Kedua-duanya mendapati Jannah sedang tercungap-cungap, bibirnya pucat, anak mata hitamnya naik ke atas.

· Pelancong german [Christopher] telah membantu kami dengan mengangkat Jannah ke kereta iswara merah yang telah dipandu oleh Adnan.

· Pekerja Go Kart hanya memberi tunjuk arah ke hospital kepada Adnan.

· Aishah berada bersama-sama Jannah di dalam kereta dan berusaha memberikan pertolongan cemas [CPR atas panduan seorang doctor yang bertauliah].

· Ketika aishah sedang memberikan CPR kepada jannah, fadhli menyampaikan apa yang diarahkan oleh doctor kepada Aishah.

· Dalam kereta, mulut jannah sudah mula berbuih.

· Satu minit perjalanan jannah masih memberi SEDIKIT respon kepada aishah.

· Aishah menyapu air ke muka Jannah.

· Pada ketika ini, aishah dapati hidung jannah kembang sangat. Berkemungkinan besar, jannah sudah tiada.

· Namun, aishah masih terus memberikan CPR.

Lebih kurang 6.40 ke 7.15 petang

· Dalam perjalanan, Adnan telah meminta bantuan penduduk tempatan untuk menunjukkan arah ke hospital/klinik yang terdekat.

· Pak cik tersebut membawa kami ke sebuah klinik berhampiran bernama Klinik Wafa.

· Namun, setelah kami mengangkat jannah ke dalam klinik, kami dapati tiada doctor yang bertugas.

· Kami [syahin, azrina , aishah, adnan, aimi, seorang pemuda tempatan] mengangkat jannah ke atas katil dan fadhli yang masih dalam talian dengan doctor memberi panduan kepada aishah untuk teruskan memberi bantuan CPR kepada Jannah.

· Pada ketika itu, hidung jannah sudah mula berdarah.

· Pihak pembantu klinik menelefon ambulan dan fatin yang berhubung dengan pihak hospital.

· Pembantu klinik mengarahkan kami untuk bergerak ke klinik kesihatan berdekatan.

· Pemuda tempatan tersebut telah mengangkat jannah ke dalam kereta Honda nya.

· Dalam kereta tersebut, hanya aishah yang menemani jannah. Dia terus memangku jannah.

· Kami menuju ke klinik kesihatan tapi tutup.

· Kami terus menuju ke hospital langkawi.

· Dalam perjalanan ke hospital langkawi aishah terus memberikan bantuan kecemasan CPR kepada jannah.

· Keadaan janah semakin teruk. Bibirnya semakin membiru. Air liurnya makin banyak. TIADA sebarang respon diberikan oleh jannah.

7.20 malam [sebelum maghrib]

· Setibanya di perkarangan hospital langkawi, kami terus ke unit kecemasan .

· Beberapa orang para medic sudah bersedia menunggu ketibaan jannah.

· Jannah terus dibawa masuk ke dalam unit kecemasan. Aishah diarahkan untuk menunggu di luar.

· Rakan-rakan yang lain tiba. Kami semua menunggu dengan cemas.

· Aimi menelefon ummi jannah menggunakan handphone jannah untuk memberitahu keadaan kritikal jannah.

· Sedang kami menunggu, ada pengumuman memanggil waris nuruljannah ahmad sani.

· Aimi telah masuk ke bilik kecemasan sebagai wakil waris jannah.

· Doctor yang merawat jannah memberitahu aimi bahawa pada ketika jannah tiba di wad kecemasan, dia sudah tiada denyutan nadi. Pihak hospital telah berusaha sedaya upaya untuk membantu Jannah dengan memberi suntikan untuk boost up denyutan jantung jannah. Namun, tidak ada apa-apa lagi yang boleh mereka lakukan untuk menyelamatkan jannah.

· Aimi terus memberitahu rakan-rakannya yang sedang menunggu di luar bahawa jannah sudah tiada.

· Akmal merupakan orang pertama yang melihat jenazah jannah yang terlantar di katil hospital dalam keadaan matanya yang ditutup menggunakan pita pelekat.

· Rakan- rakan lain menyusul masuk untuk melihat keadaan jannah.

· Disebabkab handphone jannah sudah habis bateri, kami tidak dapat menghubungi keluarga jannah secepatnya.

· Syahin menelefon mentor jannah, Encik Badar untuk mendapatkan no telefon bapa saudara jannah.

· Bapa saudara jannah dihubungi dan beliau diminta untuk memberitahu bapa jannah tentang keadaan jannah, seterusnya menghubungi syahin untuk maklumat lanjut.

· Apabila bapa jannah menelefon syahin, aimi yang bercakap dengan bapa jannah dan memberitahu keadaan jannah yang sebenar.

8.00 malam

· Akmal dan aishah telah ke balai polis untuk membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

· Namun, mereka masih tidak dapat membuat laporan kerana ketiadaan surat kematian daripada pihak hospital.

· Akan tetapi, menurut pihak hospital, mereka hanya akan boleh mengeluarkan surat kematian selepas mereka mendapat laporan daripada pihak polis.

· Selain itu, terdapat kekeliruan sama ada kes ini dikategorikan sebagai kes jenayah atau kes traffic.

· Di samping itu, laporan tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan ketua balai di situ.

11-12 malam

· Ketua balai tiba dan Aisyah memberi keterangan yang lebih terperinci mengenai kematian Jannah.

· Aimi tiba di balai polis dan turut disoal dan memberi keterangan. Christopher dibenarkan pulang oleh pihak polis.

· Dato’ Nawi tiba bersama seorang lagi YB dib alai polis.kami dibenarkan pulang ke apartment kami di Rumah Rehat MARA.

5.30 pagi

· Pihak polis menalefon Aimi dan meminta ke Hospital Langkawi untuk soal siasat selanjutnya.

· Pihak polis meminta tudung yang dipakai oleh Jannah pada hari kejadian tetapi kami tidak tahu dimana tudung tersebut.

7.00 pagi

· Aimi, Adnan dan Aisyah telah sampai ke Hospital Langkawi dan berjumpa dengan SM Alias yang sedang menunggu di situ.

· SM Alias meminta Aimi membuat pengecaman janazah Jannah di bilik forensic. SM Alias menyambung soal siasat setelah Aimi membuat pengecaman jenazah dan memberi tahu keputusan post-mortem.

· Menurut SM Alias, saluran pernafasan Jannah telah putus akibat terjerut dengan tudungnya semasa dalam litar lagi. Walaupun terdapat nadi semasa Jannah dalam perjalanan ke hospital, sebenarnya pada ketika itu paru-paru Jannah sedang dipenuhi dengan darah.

9.00 pagi

· Kami semua tiba di Hospital Langkawi untuk memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah arwah Jannah .

11.00 pagi

· Kami bersama-sama dengan janazah arwah Jannah bertolak dari Langkawi ke Kuala Perlis dengan bantuan Polis maritime yang telah diuruskan oleh DSP Harris Kam.

· Semasa perjalanan, kapal polis maritime mengalami masalah dan hari turut hujan ketika kami hampir sampai di jeti LKIM.

12.00 tengah hari

· Apabila kami tiba di jeti LKIM, keluarga arwah sedang menunggu ketibaan kami.

· Jenazah arwah telah diserahkan kepada keluarganya dengan selamat.

Satu scene yang tidak boleh saya lupakan ialah apabila muka jenazah dibuka, mukanya seperti tidur ! SENYUM GITU!! Jenazah selamat dikebumikan pada pukul lebih kurang pukul 4.15 hingga 4.30. Pepatung banyak sangat terbang-terbang di tanah perkuburan sewaktu talkin dibacakan. Subhanallah!! Itu sahaja dari saya.



Hari terakhir dia di dunia

Jazakumullahu khairan kathira saya sekeluarga ucapkan kepada semua yang membantu dalam menguruskan jenazah Arwah Nuruljannah binti Ahmad Sani. Dan terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi hadir menziarah kami sekeluarga. Minta maaf juga kerana tidak dapat melayan dengan baik. Kepada yang tidak dapat hadir, saya mengharapkan doa supaya Arwah Nuruljannah dilimpahi rahmat yang banyak dari Allah Azza wa Jalla. Terima kasih atas doa-doa kalian kepada Arwah Nuruljannah. Semoga Allah menerima doa-doa kalian. InsyaAllah..


Selamat tinggal dunia!