Thursday, November 20, 2008

Rindu


Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum!Wink
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, (supaya)kamu menyuruh dengan ma'ruf dan melarang dari yang mungkar.

(Ali Imran:110)


Terasa rindu pulak dekat kengkawan waktu cuti-cuti cam nih. Semoga Allah melimpahkan RahmatNya kepada sahibah-sahibahku. Sehari yang lepas, saya telah membaca sebuah buku yang bertajuk "Langkah Bermula" dari Muhammad ar-Rashid yang diterjemahkan oleh datuk saya sendiri (he..he..). Ini pun disebabkan disuruh oleh ummi sebab membuang masa yang begitu precious dengan begitu sahaja.:pandacloud_03:

Saya tersentuh dengan ayat di atas dengan maksud di sebalik ayat tersebut.Melihat sahibah-sahibah saya dan diri saya juga, menyuruh dengan ma'ruf dan melarang dari yang mungkar sudah tidak ada di dalam hati-hati kami. Stokin' , baju asrama, baju puteri islam, semakin lekang dari mereka. Setelah ditegur ada sahaja alasan mereka.Tetapi apakan daya (insan yang lemah ini) kita sudah melaksanakan tugas kita, yang tinggal hanyalah urusan dia dengan Allah S.W.T.

Tatkala mereka melupakan apa-apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang kejahatan dan Kami seksa orang-orang yang zalim dengan azab yang keras, disebabkan mereka fasik.

( Al-A'raf:165)
Ayat di atas menerangkan bahawa golongan itu terselamat kerana melarang dari melakukan kejahatan.Ayat itu juga menunjukkan bahawa tugas ini wajib dilaksanakan.Semoga kita semua berada dalam golongan yang terselamat dari seksa Allah. InsyaAllah~:pandacloud_14: Sama-samalah kita mengikuti jejak Rasulullah disamping berusaha mencapai Mardhotillah!:pandacloud_19:

" lapangkanlah dada kami,
dengan karunia iman,
dan indahnya tawakkal padamu,
terangilah dengan cahayamu,
yang tiada pernah padam,
Ya Rabbi pimpinlah kami,
Ya Rabbi pimpinlah kami.."Crying


(Doa' Rabithah)

Sekian,
Assalamualaikum..

No comments: