Wednesday, December 31, 2008

Tahun 2009 daa!!

1 Januari bakal tiba

Assalamualaikum
Sudahkah anda telah buat persiapan yang rapi menjelang tahu 2009 ini??:cinonet_37:Apakah azam anda hah?? Tepuk dada tanya iman..

A : "Apa azam aku tahun ni huh??":cinonet_40:
B : "Macam mana ni..masih tak ada matlamat diri niihh..":cinonet_03:

OK la sebenarnya saya ingin mengucapkan Selamat Menyabut Ma'al Hijrah! (sorry terlambat) dan Selamat Menyambut Tahun Baru!

Tahun 2008 pantas meninggalkan kita...adakah anda berasa kesal atau sebaliknya..?? Muhasabah balik diri kita ya!! Janganlah anda menyesal sebaliknya bersyukur kerana dapat hidup lagi pada tahun ini.. Ada banyak lagi orang yang tak dapat hirup udara segar (x de la segar sgt kui3) Astaghfirullah... (cepat2 tadah tangan!!)

~Doa akhir tahun~ (untuk akhir 2008)

Segala puji hanya bg Allah, Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga baginda & para sahabat baginda.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu, ttp aku masih belum bertaubat, sedangkan Engkau x redha & x melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yg telah ditetapkan kpdku. Engkau telah memerintahkan spy aku bertaubat dr kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini, aku memohon keampunan dr Engkau, ampunilah aku & apa yg telah aku lakukan pd tahun ini yg Engkau redha & Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya drp Engkau.

Ya Allah, Ya Kareem, Ya Zal Jalali Wal Ikram.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w & ke atas keluarga baginda serta para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Ameen.
(dipetik dr hoodsunny)

* syaitan berkata : "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak adam pd tahun ini & Allah akan membinasakanku pada saat itu juga. Dgn membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."
~Doa awal tahun~ (utk awal Muharram 1430 dan juga Januari 2009)

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ameen

(amek kat tenet)

Semoga doa kita didengari dan dimakbulkan oleh Allah ya!! Allah kan bersifat Al-Basir~ dan Ar-Rahman~!!

Marilah kita sama2 kita menjadi ummah yang gemilang pada tahun ini dan seterusnya..

:cinonet_17: Sentiasalah berdamping dengan Rabb kita..doa selalu, SOLAT JGN SESEKALI TINGGAL!! (kalau boleh solat sunat pon jgn tinggal) Semoga Hari Esok Lebih Baik Dari Semalam..Sesiapa yg Hari Esoknya Lebih Teruk daripada Semalam..Maka Binasalah Dia... (Ya Allah!! Bagilah aku menjadi golongan yang baik hari esoknya..)

Setakat ini saja ya!! Wassalam..
:cinonet_29:(angin segar)

No comments: