Assalamualaikum wbt
Saat-saat Akhir di JDK Utara
Bismillahirrahmanirrahim
Sudah tiba masanya saya mengakhiri ceritera JDK saya kali ini. Sejujurnya saya tak tahu apa perasaan saya saat hari terakhir di JDK. Gembira? Sedih? Terharu? Ntah.
Saya ingin bertanya pada kalian, bahagiakah sesuatu perpisahan kerana Allah? Bahagia. Kerana apa? Kerana Allah sudah berjanji pada kita.
"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah....., dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah"
Seronokkan kalau kita berukhwah keranaNya? Itulah yang saya rasa. Adik-adik yang tak pernah jumpa, jumpa tapi tak rapat time di sekolah dulu jadi rapat dalam masa 22 hari. Allahu akbar. Sungguh ajaib orang mukmin itu kan?
Tak ternilai harga sebuah ukhwah kita. Memandangkan saya salah seorang fasi, saya sangat terasa dengan ukhwah antara Fasilitator. Memang benar kalau cubit peha kanan, peha kiri turut terasa. Terasa sangat kalau salah seorang daripada kami ni bermasalah. Seboleh-bolehnya cuba untuk membantu. Fasi sahibah yang baru balik ke rumah still contact saya, tanya khabar JDK macam mana. Doakan saya yang masih di JDK. Memberi SMS kata-kata semangat. Terharu sangat! Alhamdulillah. Saya bersyukur.
Makcik pakcik yang datang pun sangat-sangat memberi kekuatan kepada saya. Nasihat-nasihat yang diberi memberi kekuatan kepada saya untuk terus berada di sana selama 22 hari. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Untuk menunjukkan rasa berterima kasih, adik-adik syabab telah membuat persembahan mereka pada Malam Apresiasi iaitu malam terakhir mereka di Batu Ampar Resort. Terharu sangat mereka nasyid, berlakon, berdikir barat untuk kami semua. Nampak sangat mereka menyayangi fasi-fasi yang bersama mereka sepanjang minggu di JDK. Ada yang melakonkan watak kem kom dan juga abang-abang fasi mereka.
Peserta perempuan hanya menjadi penonton malam tu. Lakonan mantap dan sesi menyanyi ramai-ramai malam tu menyebabkan ramai adik-adik peserta perempuan menangis. Sedih sebab mereka bakal berpisah.
Cuma satu saya nak kongsi, peganglah kawan kamu sebaik-baiknya. Sentiasa berhubung walaupun di IPT. Kerana, kalau kita tidak constant berhubung, kita akan hanyut dan tidak ada kekuatan. Saya percaya ramai yang rosak kerana silap memilih kawan. Ingatlah, kawan-kawan di JDK inilah yang terbaik yang boleh dibuat teman suka dan duka. Kerana mereka sudah faham. Faham kepentingan ukhwah Islamiyah. Jangan jadi macam saya, dah keluar baru sedar, tertinggal kawan-kawan JDK dulu.
Baiklah. Telah tiba saat Majlis Penutup Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Zon Utara 2013/2014. Saat yang paling sedih dan gembira bagi saya. Gembira kerana adik-adik ini telah berjaya melalui proses tarbiyah selama 22 hari. Sedih kerana saya terfikir bila lagi kita boleh bersua muka. T-T
bila lagi kita akan ketemu?
Adik-adikku sayang
Terima kasih adik-adik kerana meceriakan 22 hari Kak Maryam di JDK Batu Ampar. Tak kisahlah adik-adik syabab mahupun nisa'. Sebab korang memang ceria + hyper. Tahniah juga buat mereka sebab berjaya menempuh setiap saat di JDK 13/14 ini. Ingatlah bahawa, malaikat, ikan di laut, semua akan mendoakan sesiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu. Semoga doa adik-adik dimakbulkan oleh Allah. Cemerlang SPM. Cemerlang di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.Ameen!
Jazakumullahukhairan kathira kepada fasi-fasi, sahabat mahupun sahibah yang banyak membantu dan berdoa sepanjang kem ini berlangsung terutamanya yang di minggu terakhir. Thanks, Kak Ayuny, Kak Huda, Kak Syafiyah, Kak Marsyhudah, Kak Zahidah, Kak Kautsar, Kak Rabiatul, Asma, Syahidah, Rehana, Aqilah, Najihah, Maryam Zakirah, Nabihah, Norain, Jannah, Nadiah dan Tasnim. Banyak sangat yang saya pelajari dari korang semua. Suka duka semua kita kongsi bersama kan dalam bilik? he3
Syabas saya ucapkan kepada Kem Komanden kita, Encik Syaufiqul Azri yang banyak memerah otak dan bertungkus-lumus untuk setiap aktiviti yang dijalankan. Maaf kalau tak mampu jadi pembantu yang baik. Suka rebell ke. Saya masih tidak matang. Moga Allah meredhainya.
Haaaa....cuba teka siapa makcik ni? Terima kasih kepada makcik-makcik yang tolong masak untuk kami. Makanan di sini Alhamdulillah sedap sangat. kecuali tempoyak. Sambal belacan tiap-tiap hari yang boleh kecur air liur ni.
Thanks a lot to my beloved Ummi and Ayah. Banyak berdoa untuk anaknya ini. Ummi kadang-kadang call pukul 5 pagi kejut saya bangun tahajud. Bangun pergi kejut adik-adik. Ayah pulak sanggup tinggal Camcorder baru ayah untuk JDK. Hanya Allah yang mampu balasnya ummi ayah.
Saya tak sempat nak bercakap dengan adik-adik apa harapan saya pada mereka. Harap korang baca post ni ye...
Harapan saya, adik-adik tetap terus berada dalam jalan dakwah dan tarbiyah Islamiyah. Sentiasa mencari halaqah dan mencari sahabat-sahabat yang boleh mengingatiNya di luar sana nanti. Jangan malu untuk contact kami, kakak-kakak fasi kalau adik-adik nak share something. Masalah or anything. Seterusnya, jadilah pendokong Islam, membantu kerja-kerja Islam bila keluar nanti. Kita memerlukan rijal dakwah atau pemuda-pemudi yang boleh meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Kita ni adalah penyambung rantaian dakwah Rasulullah SAW. Sanggupkah kita memutuskan rantai itu? Tidak. Ayuh! Kita jadi pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Bila masuk IPT, score yang terbaik. Kalau boleh 4 FLAT. Ameen~
Saya yakin, korang pasti akan merindui suasana JDK ni. Terutama lagu tema kita. Berapa ntah lagu tema kita? Bingkai Kehidupan, Adakah Kau Lupa, Demi Matahari, Hadapilah? Banyak betul. Semoga semangat waktu menyanyi tu tidak luput begitu sahaja. Aplikasikan dalam kehidupan.
InsyaAllah. Sematkan memori JDK dalam hatimu. Moga kita bertemu lagi kalau ada jodoh.
Minta ampun dan maaf kepada semua yang terlibat dari hujung rambut hingga hujung kaki atas semua kesalahan dan kelemahan diri saya ini. Saya manusia biasa yang banyak melakukan dosa. Jika ada komen atau cadangan, bolehlah beritahu di ruang komen di bawah. Apa yang perlu saya perbaiki dan pertingkatkan untuk masa hadapan. Over sangat ke. Apa-apa je. Tapi yang aib, mohon e-mail saya. hu3
Dengan ini, secara rasminya di alam maya ini, saya meletak jawatan saya sebagai Timbalan Kem Komanden JDK Zon Utara 2013/2014. Moga Timbalan Kem Komanden akan datang lebih baik daripada saya.InsyaAllah.
Lots of love,
Maryam Sani
Credit pictures to: NorIhsan, PakCik Kadir, NurulhusnaAhmadSani