Saturday, December 18, 2010

KMK ITU...

Assalamualaikum!

Sudah beberapa lama saya meninggalkan ruang blogger saya ini. Terasa rindu untuk menulis di dalam blog ini.

Selama 5 hari 4 malam saya tiada di rumah. Saya pergi mana? Hahaha saya ke PULAKOPP. Saya dijemput untuk menjadi fasilitator untuk Kem Minda Kreatif (KMK) di Pusat Latihan Kokurikulum Pulau Pinang. Sebenarnya saya merancang untuk menghadirkan diri di KMK di Sungai Petani sebagai ‘peserta’. Tetapi kita merancang Allah yang tentukan. Saya ditelefon oleh Fadwa dan saya diberitahu KMK di sana tidak mempunyai fasilitator yang mencukupi. Jadi sayalah diantara orang yang mencukupinya. He3. Bukan sebagai peserta, tetapi ‘fasilitator’…

Nametagku..


Sebagai fasilitator, saya perlu menghadiri TOT (Training of Trainers) untuk persediaan yang lebih mantap selama 2 hari 2 malam. Yeah!! Dihadiri oleh kawan-kawan saya dari MATRI (Fadwa, Jamilah dan Hazirah) dan 2 orang pelajar lelaki, dan beberapa orang kakak-kakak dan abang-abang IPT yang lain. Beberapa taklimat, ceramah, tazkirah dan perbincangan telah dijalankan. Alhamdulillah hati ini dirasakan seperti manusia yang baru menerima tarbiyah! Ha3 setelah terlalu lama cuti barangkali. Buat kali pertama saya menghadiri TOT. Baru saya mengenali apa itu TOT.


Salam perkenalan buat K Aisyah Asri (ketua fasi + yang plg senior)


Sedikit taklimat


catat2...


Pelbagai persiapan yang telah kami jalankan. Tazkirah oleh Abang K Fatin ( x ingat nama) dengan tajuk ‘ Dagang kali ke-2 dan Cara Mengatasinya’ . Dan Hari ke-2 TOT, Tazkirah diberikan oleh Pak cik Zulkifli Embi dengan Tajuk ‘ Bagaimana Menyeru kepada Islam’. Lewat juga kami tidur malam tu. Malam terakhir buat persiapan terakhir. Kami kena siapkan tempat Pendaftaran, buku program dan etc²


K Imtisal yg Comey sdg struggle buat no.pendftaran (ada kunci KMK)


On da way siapkan buku program untuk ‘adek²


Siap ckit..fuh~


Siap da..setelah digam+ dilipat+distepler (pening)


hafal²….fasi kena hafal hadith ~panjang…hu3


K Mai + K Imtisal yg Comey dah siap keje..


Tiup belon pulak! Tuk tmpat pendaftaran..*pening kpala meniupnya..


Hasilnya..


10/12/2010

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya TIBA!! Berdebar-debar juga saya dibuatnya. Pelbagai persoalan yang timbul dalam kepala saya ni. Bagaimana saya ingin menghadapi peserta-peserta yang sebaya dengan saya? Nak panggil diri saya apa? Akak? Saya? Ana? Hmm… macam-macam saya fikir. Ha3 pening kepala kami berempat memikirkannya.

K Imtisal yg penyebok…tukang bagi kunci..

Fadwa si penyambut tetamu di bawah kipas….PANAS!!


Saya dan Fadwa serta beberapa orang fasilitator lelaki yang lain menjadi Asher (penyambut parents+peserta dari depan) hahaha.. agak kelakar bila memikirkannya semula. Kami menyambut dari kereta! Malu+segan semuanya ada. Yang lain menjadi pemyabut peserta untuk dibawa ke khemah. Penat dan panas. Fuhh… Ada beberapa booth dibuka untuk jualan. Antaranya booth khat, jualan tudung oleh cikgu-cikgu Ibrah. Tak tengok pulak. Sebok!


Jamilah dan Hazirah si penyambut peserta ke khemah ~penat..


Masa untuk memperkenalkan diri pulak! Hahaha… depan semua peserta pulak tu. Lelaki+perempuan. Waduh…kami yang ‘muda-muda’ ni dipesan untuk menggelarkan diri sebagai akak. Contohnya: “ Nama akak ….” Hahaha….macam itu lah. Semua kakak+abang fasi yang lain beritahu belajar dekat sana-sani. Yang kami “ Status: masih seorang pelajar ya!” .

Seterusnya pelajar lelaki bersiap-siap nak solah Jumaat. Dan peserta perempuan siap-siap nak solah di surau. Lepas itu, Kak Farah Lokman berkongsi pengalamannya belajar di New Zealand. Banyak ceritanya! Best! Alhamdulillah ada juga yang mengisi masa para peserta sementara peserta lelaki tak habis solah Jumaat.

Selepas semua peserta dah ada, barulah sesi Taklimat bermula. Lagu tema KMK kali ini ialah ‘Satu Hati’ dan kod kem kali ini ialah “KASIH?” JAWABNYA “ALLAH!!” DAN “ARE YOU READY?” JAWABNYA “YES SIR!!” macam tulah. Saya pun turut terikut, sebab dah terbiasa menjadi peserta. Almaklumlah..peserta yang taat pada Kom Kem.hahaha perasan sekejap. Selepas itu, Sesi Icebreaking bermula. Kami main Pulse Game + ada satu game tp x ingat amende + Bulat kecil bulat besar. Bulat kecil bulat besar tulah yang menentukan kumpulan masing-masing. Yang tidak memuaskan hati para fasi ialah satu group tu MATRI semua + seorang bukan pelajar MATRI. Dan ada yang duduk dengan geng sekolah sendiri. Hmm…nak buat cane.. tak boleh paksa-paksa. Kumpulan saya ialah Kumpulan Dua! Ada dua orang pelajar MATRI. Nama ahli kempulan saya : Safiah Zul, Nadzirah, Suhaila, Mursyida, Hanani, Atikah, Kamaliya. Kamaliya dan Safiah Zul adalah pelajar MATRI. Para peserta buat masa ini, masih dalam keadaan yang pasif. Mungkin sebab mereka ini tak pernah berkenalan.

Pada sebelah petang pulak, kami kawad kaki bersama Pengarah KMK : Suhaib Shapiee. Best! Tambah main Konji². Lepas tu main ‘Belon si Buta’. Hahaha….dulu saya bermain, tapi sekarang saya hanya melihat..Huhuhu…Pengalaman sebagai fasilitator kali ini takkan saya lupakan.

fasi+urusetia...makan2...

fasi2 sedang berbincang..he3

Then, mandi+makan+solat. Selepas solat Isyak, Ceramah oleh Pak Cik Abdus Samad dengan tajuk “Islam Is The Way of Life”. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Para peserta kali ini, memang baik+ bagus ! Saya tabik la. Berbanding dengan peserta KMK sebelumnya. Tidak ada sesipa yang tidur! Alhamdulillah! Saya? Saya mana boleh tidur! Fasi koot! Malulah kalau tidur..hahaha

Lepas semua peserta dah tidur, sesi post mortem dijalankan, dihadiri semua urusetia + fasilitator. Kajian-kajian terhadap peserta² dibincangkan bersama. Perjalanannya bagaimana. Itu dan ini. Sampai 1.30am dibuatnya..apakan daya..nak berjalan lancar, kena berkorban. Lepas bincang dengan sahabat, sesama kami pulak. Dalam Khemah. Fuh.. Plan A tak jadi Plan B pulak nak cari. Betapa susahnya jadi Fasi. Baru saya tahu! Betapa susahnya kakak²+abang² fasi berusaha untuk saya sebagai peserta suatu ketika dulu. Dah penat TIDO! Alhamdulillah KMK kali ni x ada katibah. Hahaha…kakak² urusetia nak buat. Rasanya mereka langsung tak tidur! Congratulations!!

11/12/2010

Qiamullail berjalan dengan AMAT CEMERLANG!! HAhaha yang kelakarnya, adek-adek peserta yang mengejut kakak² fasi!! Malunya… Semua peserta bangun tanpa ada rungutan dan sebagainya.. Then, solat Subuh. Selepas itu, kuliah Subuh oleh Ustaz Ali Irfan. Best! Alhamdulillah tiada yang tidur.. Dengan semangat Komander Kem kali ini : Afdholul Rahman Che Ani + kakak² fasi ecewah, adik-adik juga turut bersemangat. Pastu, makan… kami (fasi) makan bersama peserta. Selagi tak cukup, tak boleh makan. Kesian kumpulan saya, selalunya saya yang lewat. Maklumlah, Fasi kena ambil makanan yang last sekali. Selalunya macam tulah. Minta maaf ya ahli kumpulanku…hu3

Pada pagi tersebut, peserta perempuan menjalani aktiviti Explorace manakala peserta lelaki pula, main War Game. Saya sebagai penjaga Checkpoint 1st , ‘Obstacle’ terpaksa menghadapi gigitan beribu-ribu nyamuk dalam hutan Pulakopp tu. Fuh…gatal habes! Thanks to Fadwa sebab bagi mosquito repellant tu..kalau tak, berjuta nyamuk yang datang nanti. Checkpoint 1st ni, tak banyak aktiviti yang dapat kami laksanakan sebab tiada kepakaran untuk membantu adik² peserta untuk melakukannya. Agak sedih juga saya dibuatnya. Itu saya, Para peserta? Yang paling mencabar buat para peserta ialah ‘ Tembok Halangan’. Teruk juga saya dan Rumaisaa’ nak tunjuk demonya+ jaga peserta naik n turun.

Makanan dan minuman di sini sangat sedap! Macam hotel! Ha3…

Pada sebelah petang pula, terbalik pula. Perempuan War Game, lelaki Explorace. Hujan turun tanpa diduga. War Game terpaksa dipostpone, dan diganti dengan permainan ‘Modelku’. Model kumpulan saya amatlah cumel! “Princess Paper” namanya… Bukanlah nak perasan. Kumpulan yang lain juga cantik…

Selepas selesai aktiviti ‘Modelku’, hujan behenti. Bolehlah kami bermain War Game. War game kali ini tidak best. Saya bagi..kurang memuaskan. Berbanding dengan yang saya pernah main di PEWARIS, war game di PEWARIS sangat best! Mungkin mereka tidak faham cara bermain dengan betul..

Minum petang+ mandi+solah+mathurat. Pastu, taklimat oleh Abang Hafiz untuk aktiviti malam pulak. Malam itu, KAMI BERMAIN API!!

Malam itu kami main ‘Candle Wall’ saya tak pasti candle wall atau candle walk. Kali ini, barisan fasilitator turun padang! Wah…bukan main takut adik² peserta. Hahahaha.. Kami bermain dengan sangat AGRESIF!Mungkin nak balas dendam petang tadi War Game yang tak dapat perform dengan baik. Kamaliya luka di mulut akibat disiku oleh lawannya. Hahaha…terlalu bersemangat! Sampai tudung nak terbakar! Waduh²

~Penat sume…kami terpaksa berhenti setelah hujan turun waktu kitorang tengah di KEMUNCAK PERMAINAN CANDLE WALL! Ecewahh.. sedih ada jugak sebab kami tak dapat habiskan sampai peringkat ‘ Last man standing’ rasenye..

Supper malam tu tak ramai yang nak makan… ramai yang masuk khemah + tidur. Malam itu, post mortem yang last kami lakukan bersama sahabat + sahibah+ Mak cik Kamsiah+ Pak Cik Zul + Pak Cik Kamal (ayah Hazirah). Agak lama. Anggaran habis pukul 12.30am. Tapi habis 1.30am. Hu3..mata semuanya kuyu je.. Macam² yang kami bincangkan…

Tidak lupa untuk saya ucapkan kepada sahibah saya Safiyah Zulkifli. Selamat Hari Jadi Yang ke-16 Tahun! Nak ucap, tapi tengah dalam meeting.Hak3..

Masuk khemah, meeting lagi. Wahhh….ngantuk …..

12/12/2010

Kami terpaksa bangun dengan begitu awal sekali. 4.30am. Mandi+ Meeting yang tak habis lagi. Sebab yang malam tadi tertangguh.

Solah Subuh (imam dia baca sedap)+ kuliah subuh secara berkumpulan (sembang² tajuk ‘Pelajar Cemerlang’) Thanks Kak Farah for your help! After that, mandi+sarapan.

Hari ini adalah hari terakhir saya beserta peserta² di KMK ini. Hu3 rasa tak nak balik pulak. Hahaha.. Sesi bergambar berjalan dengan baik sekali. Kak Aisyah bagi hadiah coklat kat Safiyah! ‘Hepi Besday!’…malu dia! Selepas para peserta bergambar, kakak-kakak fasi pulak bergambar! Tema baju Fasi ialah warna CREAM + COKLAT! Barulah sama!! Selepas itu, Majlis Penutup BERMULA. Sekali lagi, saya dan kawan-kawan yang lain menjadi ashier buat kali ke-2. Fuh~ panasnya tak terkata! Alhamdulillah berjalan dengan baik sekali! Penyampaian hadiah juga diadakan. Kumpulan saya (kump. 2) mendapat Hadiah Kumpulan Yang Paling DISIPLIN! Wahh…tengoklah siapa fasinya! Ha3 Alhamdulillah…


Bebudak laki yang amat aktif


Fasilitator + urusetia yang bersemangat!


Adek-adek yang sangat baik!! (Adek??)


Barisan fasilitator (yang muda² belaka) + urusetia yang sentiasa membimbing

Waktu ibu bapa pergi makan di dewan makan, para peserta dan kakak-kakak fasi ‘Salam Semut’….Kali terakhir kita berjumpa. Sangat berat nak tinggalkan mereka..Ambil gambar terakhir bersama adek-adek kumpulan…Hu3 sedih nak tinggalkan diorang..

Makan Tengahari pun sama-sama jugak! Itupun yang terakhir! Hahaha… Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang ya!!

Mereka dah habis, tapi, fasi+urusetia x habis-habis lagi. Laporan untuk kem tak siap lagi. Jadi perjumpaan fasi terpaksa diadakan. Post Mortem yang terakhir buat Fasilitator KMK 2010. Hak3…

Milah dengan Blueberry (apekah?)…hua3


Dekat sikit..

Pengalaman ini tidak dapatku lupakan buat selama-lamanya… kem yang telah membentuk diriku menjadi yang lebih baik dan lebih berkepimpinan.Wah….. Semoga saya dapat mengikuti program-program sebegini di lain hari agar iman ini sentiasa meningkat dan mencapai tahap yang Allah redha..InsyaAllah!!

WASSALAM